,
Laman Utama

Wawa Zainal Gembira Anak Mula Makan Ayam Selepas 7 Tahun! - “Sebelum Ni Attar Makan Nasi & Sup Kosong Je”

Azwa Rahman
06/07/2021
07:52 MYT

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal meluahkan rasa gembira apabila anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar mula menunjukkan minat untuk makan daging ayam.

Menurut Wawa, sejak tujuh tahun lepas, anaknya tidak makan daging ayam dan hanya sukakan nasi bersama sup kosong.
Menerusi laman sosial Instagram, Wawa berkongsi momen Attar, 8, menikmati daging ayam panggang untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah selepas 7 tahun, Attar dah pandai makan ayam.
“Semalam masak ayam kari kemudian kebetulan dia kat dapur. Dia cakap bau sedap dan dia nak try. Akhirnya dia pun try ayam kari semalam.
“Sedap katanya dan request suruh masak lagi. Jadi hari ni masakkan lagi ayam untuk Attar dan dia sukakannya!” tulis Wawa di ruangan kapsyen.
Tambah Wawa, selepas anaknya mula menggemari daging ayam, dia berharap Attar akan mula makan sayur-sayuran pula.
“Sebelum ni Attar memang makan nasi dan kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak. Tapi sayur langsung taknak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak.
“Baru dia tahu betapa nikmat dan lazatnya daging ayam ni. Korang ada anak macam ni jugak?” ujar isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Wawa dan bagaimana mereka berdepan dengan selera anak-anak.
Anak saya pun sama. Now dah 5 tahun, hanya makan nasi, kuah dan sayur je. Ikan ayam langsung taknak,” komen seorang wargamaya.
Sama dengan anak lelaki saya. Umur 6 tahun makanan dia sama je nasi sup. Pedas taknak langsung,” tulis seorang wargamaya.
Anak saya pulak, ayam KFC je dia makan. Ayam yang bukan KFC semua dia taknak,” kongsi seorang wargamaya.
Anak saya dah 8 tahun, dia makan nasi dan kicap je. Telur tunggu dia request. Masak la apa pun, lauk dia kicap je. Jenuh dah pujuk tapi masih taknak. Harap dapat jadi macam Attar,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video berdurasi 36 saat itu telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada pengikutnya.
Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Selain Attar, dua lagi anak pasangan itu adalah Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayyasofy, 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

gempak
18/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.