,
Laman Utama

‘Wawa Wahid Enterprise’ Mengaku Tidak Bersalah Aibkan Polis

Azwa Rahman
18/11/2021
09:31 MYT
Seorang wanita dikenali sebagai ‘Wawa Wahid Enterprise’ yang pernah tular di media sosial kerana tindakannya mengherdik anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) pada Jun lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Jawaheer Ismail, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis yang dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.30 petang dalam sekatan jalan di Jalan Kapayan, Kota Kinabalu.
Nur Jawaheer didakwa mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan menyebut perkataan 'nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau'.
Nur Jawaheer didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Nur Jawaheer diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin tempatan selain menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dk Afiqah Alya Ak Johari dan Adibah Saiful Bahri manakala tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.
Pada Jun lalu, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita mengaku sebagai Wawa Wahid Entreprise berang dan mengherdik anggota polis di sebuah SJR di Kota Kinabalu tular di media sosial pada Jun lalu.
BACA: “Kau Tanya Aku Siapa? Aku Wawa” - Wanita Maki Polis Di SJR Tular Di Media Sosial
Sumber: Sinar Harian
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Sepasang Suami Isteri Tempuh Perjalanan 331km Demi Sambut Hari Malaysia

gempak
17/09/2024
10:25 MYT
Jarak perjalanan sejauh 331 kilometer dari Sandakan ke pusat bandar Kota KInabalu tidak menghalang pasangan suami isteri meraikan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi.
Berita

Hujan Lebat Berterusan, Banjir Kini Landa Kota Kinabalu

gempak
01/07/2024
01:55 MYT
Hujan lebat berterusan di daerah Kota Kinabalu sejak petang Ahad menyebabkan beberapa buah kawasan, kampung dan jalan-jalan utama dinaiki air.
Laman Utama

Kunci Tarikh 12 Ogos, Sheila Majid Big Band Ke Kota Kinabalu Bah! - "Paling Penting Sebahagian Tiket Akan Disalur ..."

gempak
17/06/2023
13:38 MYT
Sukses di KL akan ke Sabah pula!
Laman Utama

Min Yasmin Kemalangan Ketika Nak Tapau Roti Canai - "Nak Tekan Break, Tapi Kaki Terperosok Ke Dalam ..."

gempak
08/09/2022
08:45 MYT
Ujian buat Min Yasmin.
Laman Utama

ISOBAHTOS Tahan Gigil Shooting 3 Hari 3 Malam, Terus Perjuang Warisan Borneo! - "Kawasan Ni Sejuk & Berangin"

gempak
16/05/2022
10:16 MYT
ISOBAHTOS muncul dengan single baharu, ARJIIBII (RGB)