HIBURAN
Watak Nuha ‘Dia Bukan Syurga’ Wujud Dalam Dunia Realiti - “Saya Sendiri Alaminya Selama 12 Tahun”
Drama Dia Bukan Syurga lakonan Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman kini menjadi bualan di laman sosial disebabkan watak Nuha.
Nuha yang dilakonkan oleh Ezzanie berkahwin dengan Tajul (Niezam) yang mempunyai masalah mental sehingga sanggup menyakiti isterinya sendiri.
Menerusi perkongsian di TikTok Bambam Studios, ramai netizen berkongsi pengalaman mereka pernah berada di tempat Nuha sanggup bertahan demi cinta biarpun kerap disakiti.
“Wujud… ibu saya, sanggup pertahankan hubungan dan anggap mampu ubah dia. Rela dipukul dihina, dimaki, dan saya saksinya. Bukan ibu saja yang kena, kalau saya masuk campur saya sekali kena. Biasa ditendang, dicekik.
“Wujud. Bekas suami saya BPD. Mengamuk tiba-tiba, .emosi saja. Cakap sikit mengamuk. Penah dalam kereta saya buat emosi, die break kuat berasap tayar. Semua orang pandang. Allahuakbar! Aku tak kuat ya Allah. Alhamdulillah bercerai dah.
“Wujud… saya salah satunya tapi Alhamdullilah berjaya keluar. Tak sempat kahwin pun baru tunang.
“Wujud, saya sendiri alaminya selama 12 tahun,” komen beberapa netizen.
Dia Bukan Syurga yang diarahkan oleh Rashid Sibir ini dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi, Nazim Othman dan ramai lagi.
Saksikan Dia Bukan Syurga setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro One dan sooka.
Sinopis:
Dia Bukan Syurga mengisahkan Nuha, wanita lemah lembutyang mendambakan perkahwinan bahagia bersama suaminya, Tajul. Walaupun sedar Tajul berpenyakit dan panas baran, Nuha percaya dia mampu merawat da mengubahnya.
Namun, realiti pahit menyusul apabila Tajul menjadi semakin cemburu, mengawal dan mendera Nuha secara emosi dan fizikal. Dia dipaksa menjauh dari keluarga dan rakan-rakan, terperangkap dalam perkahwinan penuh penderitaan.
Nuha tetap bertahan dengan harapan kehamilannya bakal mengubah Tajul. Namun, kemarahan Tajul meragut zuriat mereka dan menghantar Nuha ke hospital.
Insiden itu membuka matanya, dia perlu menyelamatkan diri. Dengan sisa kekuatan, Nuha tinggalkan Tajul dan pulang ke pangkuan keluarga, meskipun dibelenggu trauma dan luka batin yang dalam.
Dalam proses penyembuhan, Arham, abang ipar yang penyayang, sentiasaada, memberi sokongan tanpa paksaan. Perlahan-lahan, Nuha mula memahami erti cinta yang sebenar, yang membina, bukan menghancurkan. Dengan sokongan Arham dan kekuatan dirinya sendiri, Nuha bangkit semula.
Ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi kisah keberanian seorang wanita membebaskan diri daripada penderaan dan mencari makna kebahagiaan sebenar.
Must-Watch Video