,
Filem

Watak Aurora NKCTHI Buat Anak Kedua Terasa, "Rasa Sakitmu Boleh Dirasai"

Zulaikha Yusof
30/04/2020
05:38 MYT
Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton selepas ditayang pada 23 April lalu.
Rata-rata suka dengan penceritaan NKCTHI dan cara pelakon membawa karakter masing-masing yang ternyata memberi kesan selepas menonton.
Watak Sheila Dara Aisha sebagai Aurora menjadi tumpuan serta bualan penonton yang kagum dengan perwatakannya sebagai anak kedua dalam keluarga.
Berikut antara komen penonton yang dikongsikan menerusi laman sosial:
"Terima kasih untuk karya NKCTHI. Watak Aurora melancholy dan dramatik sekali."
"Team Aurora."
"Sudah menonton kali ke dua kali.
"Aurora diam ja dalam filem aku terus menangis.
"Aurora, terima kasih untuk lakonan yang menakjubkan. Rasa sakitmu sebagai anak tengah boleh dirasai oleh semua anak kedua yang sering mengharungi masalah dengan bersendirian. Terima kasih.
"Filem keluarga yang mengajar erti kebahagiaan saat kehilangan.
"Gila sedih sekali. Saya dapat rasa jadi Aurora," antara komen penonton.
NKCTHI dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar dan ramai lagi.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
BACA: 10 'Quotes' Terbaik Dari Buku NKCTHI
BACA: Filem NKCTHI Makin Membara Di Astro First.. Ada Yang Menangis Banyak Kali Ketika Tonton
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak

gempak
26/03/2023
14:47 MYT
Sedihnya tengok Farid rindu anak-anak...
Laman Utama

Anak-Anak Dah Besar, Diana Danielle Belum Mahu Tambah Seorang Lagi - “Kita Ikut Kemampuan Bukan Hanya Segi Duit Tapi…”

gempak
11/01/2022
08:30 MYT
Betul kata Diana Danielle tu
Hiburan

Ingin Perlahankan Kerjaya Lakonan, Diana Danielle Fokus Pada Anak-Anak - "Saya Akan Lebihkan Bidang Nyanyian Sebab ..."

gempak
29/12/2020
04:35 MYT
Jadual pelakon sangat padat dan tak tentu masa.
Nusantara

Dua Garis Biru, NKCTHI Cemerlang di IMA Awards 2020

gempak
26/07/2020
07:39 MYT
Hiburan

"Beku Air Mata Masa Shooting Tempat Sejuk" - Wanna Ali Cerita Cabaran Nak Menangis Di Scotland

gempak
08/06/2020
05:52 MYT