gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Ramai Pasangan Muda Teruja Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup" - Wani Kayrie
HIBURAN
Hanya Sekali Lafaz, Mas Khan & Anatasha Sah Suami Isteri
HIBURAN
Syahrini Dakwa Terima Anugerah UNESCO Di Filem Cannes, Tapi Rupanya…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Wartawan Veteran Fauziah Rauf Meninggal Dunia

gempak
Amri Hassan
25/05/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
Wartawan Veteran Fauziah Rauf Meninggal Dunia
Wartawan veteran, Fauziah Rauf, 81, yang juga pengasas Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), meninggal dunia di Hospital Selayang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Pemergian Allahyarham Fauziah yang cukup dikenali dalam kalangan penggiat industri kreatif dan selebriti, disahkan anaknya, Nilly Wahida Omar. Dilaporkan, Allahyarham Fauziah meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.
Nilly Wahida dilapor berkata, kira-kira seminggu lalu, ibunya terjatuh di kediaman mereka sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Kami anak-anak berada di sisi emak semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham pergi dengan tenang sekali," katanya.
Allahyarham Fauziah meninggalkan empat orang anak dan 13 cucu.
Mengikut maklumat WHAM, jenazah Allahyarham Fauziah kini berada di kediamannya di Selayang, sebelum dibawa ke Masjid Selayang Baru pada jam 10 pagi untuk urusan mandi, kafan dan solat jenazah.
Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.
WHAM dalam kenyataan merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian Allahyarhamah Fauziah Rauf yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia termasuk majalah Wanita dan penerbit Nilly Publication.
Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, berkata Allahyarham Fauziah dianggap sosok wartawan wanita disegani dan dihormati dalam dunia kewartawanan serta industri seni dan hiburan tanah air.
"Allahyarham Fauziah bukan sahaja cemerlang dalam penulisan malah antara wartawan wanita terawal yang berjaya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, iaitu Nilly Publication yang menerbitkan Majalah Pesta dan akhbar Pentas Dunia," katanya.
Tengku Khalidah berkata, sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya, Allahyarham Fauziah menerima Anugerah Tokoh Wartawan Berjasa sempena Anugerah Kewartawanan Industri Perfileman Malaysia (AKIFMA) 2017, anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan WHAM.
"WHAM mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fauziah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.
Untuk rekod juga Fauziah antara individu yang bertanggungjawab menjadi penganjur bersama dengan membawa artis Malaysia ke Festival Music Voice of Asia di Kazakhstan, saban tahun pada era 1990-an, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Wartawan
#Fauziah Rauf
#Utusan Malaysia
Must-Watch Video