gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes!
HIBURAN
Ramai Penyanyi Luah Hasrat Mahu Kolaborasi Bersama, Mimifly Bersifat Terbuka - “Saya Suka Tetapi Buat Masa Sekarang…”
VIRAL
Individu Kongsi Ibu Kena Buli Dengan Rakan Sebilik Ketika Berada Di Tanah Suci - “Ada Yang Cakap Mak Saya B***h”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Waris 15 Pelajar UPSI Korban Nahas Terima Tajaan Umrah

gempak
Gempak
21/06/2025
06:50 MYT
Sponsor Banner
Waris 15 Pelajar UPSI Korban Nahas Terima Tajaan Umrah
Seramai 15 keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, baru-baru ini, menerima tajaan khas untuk menunaikan ibadah umrah.
Tajaan tersebut merupakan inisiatif Sinar Suci Travel and Services Sdn Bhd yang tampil menzahirkan keprihatinan terhadap keluarga mangsa yang sedang berdepan detik sukar kehilangan insan tersayang.
Pegawai Operasinya, Wan Muhamed Anwas Wan Abdullah berkata, semua waris yang terlibat akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dijadualkan berlepas ke Tanah Suci bermula 13 Julai depan.
“Setiap keluarga ditawarkan dua tempat bagi menunaikan umrah, sama ada untuk ibu bapa atau ahli keluarga terdekat yang lain,” katanya ketika ditemui di Jabi, Besut, pada Jumaat.
Menurutnya lagi, pihaknya turut menaja dua sukarelawan van jenazah yang banyak membantu dalam menguruskan jenazah serta mangsa nahas.
“Ini sebahagian daripada cara kami menghargai jasa mereka dan berkongsi sedikit kekuatan bersama keluarga mangsa dalam menghadapi saat sukar kehilangan orang tersayang,” ujarnya.
Sementara itu, bapa kepada Allahyarhamah Sufea Adela, Maslihaizan Yahya, 50, meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang menjadi tetamu Allah bersama isterinya, Zabidah Ibrahim, 49, menerusi tajaan berkenaan.
“Kami dimaklumkan pada 17 Jun lalu. Walaupun agak terkejut, saya anggap ini sebagai hikmah dalam kesedihan yang kami alami dan rezeki yang dikurniakan kepada kami.
“Menunaikan umrah menjadi impian ramai, dan bagi kami, ia adalah ruang untuk melepaskan rindu terhadap anak kami, Sufea Adela,” katanya.
Maslihaizan turut menyatakan harapan untuk mendoakan kesejahteraan roh anaknya dan memohon agar segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan.
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi pada 9 Jun lalu, seramai 15 penuntut UPSI maut apabila bas persiaran yang membawa 42 pelajar hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
Nahas tersebut turut menyebabkan 33 pelajar cedera, dengan beberapa daripada mereka masih menerima rawatan akibat kecederaan serius.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Waris
#Umrah
#Tajaan
#Korban
#UPSI
#Nahas
Must-Watch Video