,
Laman Utama

Warga Palestin Disekat Solat Aidilfitri, Azmi Saat & One Path Lancar Lagu Perjuangan! - "Sudah Tiba Masanya ..."

Amri Hassan
04/05/2023
09:18 MYT
Biarpun dibanjiri dengan kemunculan lagu-lagu raya baharu ketika ini, ianya tidak menghalang gandingan Azmi Saat dan One Path untuk tetap muncul dengan sebuah single bertajuk “Apa Khabar Cinta”.
Mengulas mengenai langkah ini, anggota One Path, Ammar menjelaskan ia bertujuan bagi mengetengahkan isu-isu yang melanda masyarakat di Palestin di saat umat Islam di Malaysia sibuk menyambut Aidilfitri.
“Bila terbaca berita serangan dan sekatan yang kerap berlaku sepanjang Ramadan, kami rasa terpanggil untuk kedepankan mesej perjuangan dan solidariti bersama rakyat Palestin.
“Bukan tak nak keluarkan lagu raya macam artis-artis lain. Seronok bila ada lagu raya sendiri.
"Cuma bila saya tengok segala yang berlaku sepanjang Ramadan, kemudian warga Palestin terus diganggu, disekat semasa solat Aidilfitri saban tahun, sudah sampai masanya untuk kami lebih proaktif. Walaupun dalam musim perayaan.
"Matlamat kami supaya masyarakat tidak lupakan kemelut yang melanda rakyat Palestin dalam keseronokan kita menyambut Aidilfitri," katanya.

Mesej sejajar Hari Raya Aidilfitri

Menurut Haseef pula, mesej penyatuan dan saling bermaafan di dalam lagu tersebut sejajar dengan semangat yang sedia ada di dalam sambutan hari raya.
"Kesatuan kita sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat adalah kekuatan kita yang sebenar. Hari raya lah kesempatan yang terbaik untuk kita kembali bersatu.
"Bila lagi masa yang lebih sesuai nak ajak semua bermaafan dan bersatu kalau bukan sekarang?" getusnya.

Pengalaman baharu Azmi Saat

Bagi vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, Apa Khabar Cinta adalah satu pengalaman berharga apabila dapat berkerjasama bersama NGO Cinta Gaza Malaysia dan Tarbiah Sentap.
"Saya mula mengenali nama Tarbiah Sentap sejak tahun 2017 kalau tak salah. Memang pernah terlintas keinginan untuk bekerjasama dengan mereka. Alhamdulillah akhirnya tertunai juga.
“Bermula dari sesi rakaman sampai ke suntingan video muzik semuanya santai sahaja namun tetap mementingkan kualiti," ujarnya.
Jelas Azmi lagi, ini adalah pengalaman pertama beliau menyanyikan lagu dalam genre yang di luar kebiasaannya.
"Bagi saya, faktor paling penting dalam sebuah lagu adalah melodi yang mudah untuk lekat dalam kepala pendengar.
"Alhamdulillah, sekali dengar sahaja terus lekat melodi lagu Apa Khabar Cinta ini dalam kepala saya. Jadi, proses untuk menghafal senikatanya sangat mudah.
"Cuma, sejujurnya saya tak biasa dengan genre sebegini. Jadi, agak kaku juga saya waktu sesi rakaman. Syukurnya dapat penerbit yang sangat membantu," tambahnya.
Senada dengan Haseef, Azmi juga turut berharap agar lagu ini dapat menyuntik semangat perpaduan yang erat di dalam masyarakat.
"Saya sangat berterima kasih kepada pihak Cinta Gaza Malaysia dan Tarbiah Sentap kerana sudi memilih saya untuk terlibat dalam penghasilan lagu Apa Khabar Cinta.
"Mudah-mudahan lagu ini mendapat tempat dalam masyarakat sekaligus dapat memberikan galakan kepada rakyat Malaysia untuk perkukuhkan perpaduan, mengingati dan membantu saudara kita di Palestin.
Karya yang tercetus hasil dari kerjasama erat antara Cinta Gaza Malaysia dan Tarbiah Sentap Production itu kini boleh dimainkan di seluruh platform digital. Sehingga kini music video Apa Khabar Cinta sudah meraih lebih 100,000 jumlah tontonan di YouTube Tarbiah Sentap.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.