,
Berita

Warga Bangladesh Dikenal Pasti, Jabatan Imigresen Buru Rayhan Kabir

Azwa Rahman
07/07/2020
08:05 MYT
Seorang warga Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Menerusi lama sosial Twitter, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan kenyataan bagi menjejaki lelaki yang menggunakan pasport bernombor BW0974403 dengan alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew 55200, Kuala Lumpur.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI), Nurulmasha Nazlinan Hussin.
"Mereka juga boleh hubungi Bahagian Operasi Siasatan Pendakwaan, Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya menerusi talian 03-88801298/1294 pada waktu pejabat dan 03-88801555 selepas waktu pejabat," kata jabatan tersebut kepada Berita Harian.
Lelaki terbabit sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara ini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Dia melemparkan dakwaan tidak berasas itu menerusi satu kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya menyokong tindakan ini dan memohon agar warga Bangladesh ini dihantar pulang.
“Kembalilah kau ke tempat asalmu, daripada menjadi parasit di negeri orang,” tulis seorang wargamaya.
“Airport tutup, takleh lari mana kecuali kedutaan dia. Standy polis depan kedutaan. Jangan bagi dia lolos masuk,” cadang seorang wargamaya.
“Cari sampai dapat hantar dan senarai hitam dari masuk ke negara ini,” mohon seorang wargamaya.
“Apabila diletakkan di dalam senarai dikehendaki, individu itu sangat penting, bernilai tinggi dan perlu serah diri bagi bantu siasatan atau bersihkan nama. Kerana itu photo-fit dikeluarkan pihak berkuasa agar masyarakat sama-sama cari individu dinyatakan demi keselamatan awam,” ujar seorang wargamaya.
“Boleh cari dekat TTDI takpun bangsar,” usik seorang wargamaya lagi.
Polis juga dilaporkan memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu yang antara lain mendakwa layan buruk Malaysia terhadap warga asing ketika berusaha mengekang penularan COVID-19 menerusi langkah PKP.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Rayhan Kabir Luah Perasaan Kepada Media Bangladesh – “Rumah, Wang, Kereta, Pekerjaan ‘Hilang’ Selepas Muncul Dalam Dokumentari”

gempak
09/09/2020
12:14 MYT
Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang diusir keluar dari Malaysia selepas mencetuskan kontroversi menerusi sebuah dokumentari, meluahkan perasaan kepada media di negara kelahirannya itu.
Covid-19

“Dia Minta Maaf Jika Sakiti Perasaan Rakyat Malaysia” – Peguam Rayhan Kabir

gempak
29/07/2020
14:59 MYT
Covid-19

Rayhan Kabir Ditahan, Diusir Dari Malaysia Selama-lamanya

gempak
24/07/2020
18:55 MYT
Hiburan

Cetus Kontroversi, Al Jazeera Jalankan Aktiviti Penerbitan Dokumentari Tanpa Lesen Sah Dari FINAS

gempak
20/07/2020
11:57 MYT
Berita

“Permit Kerja Rayhan Kabir Dah Dibatalkan, Dia Perlu Serah Diri Sebelum Diusir Balik Ke Negara Asal!” – Ketua Polis Negara

gempak
12/07/2020
04:32 MYT