HIBURAN
Wany Hasrita Dalam Fasa ‘Mom Guilt’, Sentiasa Curi Masa Untuk Bersama Anak - “Mungkin Dia Tak Faham Sangat Tapi…”
Penyanyi Wany Hasrita mengakui jadualnya agak padat sejak bulan Syawal sehingga kini menyebabkan dia kurang mempunyai masa bersama anak perempuannya, Aishah Al Iman.
Masa bersama anak
Dalam fasa rasa bersalah sebagai seorang ibu, Wany bagaimanapun sentiasa memastikan dia mempunyai masa untuk berborak dan tidur bersama anak tunggalnya itu.
“Sekarang ini saya dalam fasa ‘mom guilt’. Balik kerja dah malam… tapi walaupun anak dah tidur waktu saya balik, tapi saya tetap akan pergi tengok dia.
“Selalu malam anak saya akan tidur dengan ibu saya… tapi bila saya balik kerja, saya ambil dia untuk tidur sama. Kalau kebetulan dia tak tidur lagi, saya akan berborak dengan dia.
“Walaupun mungkin dia tak faham sangat, tapi dia angguk bila saya cakap ‘Aishah maaf ya, esok ibu kerja lagi ya. Esok malam ibu ambil Aishah kita tengok sekali okay’.
ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita Teruja Lancar Lagu Raya Baharu ‘Raya Telah Tiba’ - “Lagu Ini Sangat Straightforward”
ARTIKEL BERKAITAN: Single ‘Madu Dua’ Dikritik Hingga Netizen Komen Takut Berbalik Pada Diri Sendiri, Wany Hasrita Tampil Beri Respons
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”
“Itu saja bonding saya dengan dia… sekurang-kurangnya ada waktu saya tidur bersama dia. Bila dia bangun tidur, nampak muka saya,” katanya kepada Gempak.
Wany ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul ‘Jahat’ yang diadakan di Aloft Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Kerja untuk anak
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun ini menganggap segala kerja kerasanya kini hanya untuk keselesaan anaknya di masa kelak.
“Sudah semestinya saya berasa sedih bila momen bersama anak. Tapi kita pastikan emosi itu tidak terlalu menganggu. Kena letakkan dalam fikiran, kita kerja untuk apa.
“Dulu sebelum kahwin dan ada anak, mungkin tujuan kerja itu berbeza tapi bila dah ada anak ini, tujuan kerja hanya untuk dia saja. Kita kuat dan cekalkan hati,” ujarnya.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan suaminya bernama Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Aishah Al Iman pada 9 Julai 2023.
Must-Watch Video