,
Hiburan

Wany Hasrita Beri Bayangan Akan Menyanyi Lagu Rap - “Mantul Habis!”

Azwa Rahman
04/08/2020
04:08 MYT
Penyanyi Wany Hasrita menarik perhatian wargamaya apabila memberi bayangan akan mengeluarkan sebuah lagu berentak rap.
Menerusi laman sosial Twitter, Wany memuat sekeping foto bersama penyanyi Altimet serta produser Shazee Ishak untuk tatapan umum.
“Jejaga, gua nak keluar lagu rap ni,” tulis Wany sebagai kapsyen foto. Menerusi perkongsian itu lagi, kelihatan Wany memegang sehelai kertas tertulis seperti bait-bait lirik untuk lagu terbarunya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang tidak sabar untuk menantikan hasil kolaborasi ini.
“HELLO tak sabar!” tulis seorang wargamaya.
“Bawalah apapun suara kalau dah champion tetap ngam,” puji seorang wargamaya.
“Gangster betul cara umum,” usik seorang wargamaya.
“Wah!! Akhirnya boleh dengar Wany rap! Luar biasa sangat ni,” komen seorang wargamaya.
“Mantul Wany...tak sabarnyaaaa,” kata seorang wargamaya.
“Aduh. Canggung pun tak habis hype lagi ni, pantas buat kerja,” ujar seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, video muzik single terbarunya berjudul Canggung telah meraih hampir 7 juta tontonan di laman YouTube sejak dkeluarkan empat bulan lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Single ‘Madu Dua’ Dikritik Hingga Netizen Komen Takut Berbalik Pada Diri Sendiri, Wany Hasrita Tampil Beri Respons

gempak
12/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita tampil memberi respons susulan single terbaharunya berjudul Madu Dua dikritik netizen baru-baru ini.
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.
Sukan

Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

gempak
25/06/2024
13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.