Hiburan

Wanna Ali Utamakan Ibadah, Kurangkan Aktiviti Seni di Bulan Ramadan - "Bimbang Kalau Di Set, Saya Tak…”

gempak
Ernalisa
29/01/2025
05:00 MYT
Sponsor Banner
Wanna Ali Utamakan Ibadah, Kurangkan Aktiviti Seni di Bulan Ramadan - "Bimbang Kalau Di Set, Saya Tak…”
Pelakon, Wanna Ali berkongsi akan memperlahankan aktiviti seninya bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

BERITA BERKAITAN: Desas-Desus Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat, Ini Respons Wanna Ali - "Saya Sedang Bahagia, Insya-Allah Kita..."

BERITA BERKAITAN: Penganggur Didenda RM3,500 Rakam Video Wanita Tukar Pakaian

Jelas Wanna, dalam tempoh itu dia mahu memfokuskan kepada ibadah dan juga menghabiskan masa bersama keluarganya.
"Sempena kedatangan bulan yang penuh mulia dan keberkatan ini, saya memperlahankan aktiviti seni.

"Alhamdulillah, bulan puasa nanti saya nak buat untuk beribadat dan saya juga mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

"Bukan maksud saya hari-hari biasa tak buat ibadah cuma bulan puasa kalau boleh saya lebih mahu tumpukan puasa saya.

"Bimbang juga kalau saya di set pengambaran, saya takut saya tak puasa. Saya tahu diri saya macam mana?" katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, pemilik nama Nor Syazwana Mohd Ali juga berkata untuk bulan ramadan kali ini dia tidak terlalu sibuk dan akan cuba menghadkan jadual hariannya.
Kata Wanna dia juga hanya akan menghadiri jemputan untuk majlis berbuka puasa sahaja.
"Saya tidak terlalu sibuk di bulan Ramadan kali ini.
"Kerana macam saya katakan, seboleh-bolehnya saya memang nak hadkan jadual harian pada bulan puasa nanti," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024