,
Viral

Wanita Saman Kekasih Sebab Gagal Hantar Ke Lapangan Terbang

Maliah Surip
27/06/2024
18:01 MYT
Seorang wanita menyaman kekasihnya selepas mendakwa lelaki tersebut gagal menunaikan janji menghantar dirinya ke lapangan terbang.

BERITA TRENDING: Sekumpulan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen Gara-Gara Berkelah Sakan Di Jewel Changi Airport

BERITA TRENDING: KLIA Terminal 1 ‘Sambut’ Kelahiran Bayi, Netizen Tinggalkan Komen Kreatif & Lucu: “Dalam Surat Beranak, Tempat Lahir: Airport”

Menerusi dokumen yang dikongsikan oleh pihak Tribunal New Zealand, wanita tersebut turut menuntut ganti rugi sebanyak RM87,000 terhadap lelaki yang telah menjadi kekasihnya selama enam tahun.
Menurut kronologi, dia mendakwa kekasihnya telah bersetuju dan berjanji untuk menghantar dia ke lapangan terbang. Lelaki tersebut juga sepatutnya menginap di kediaman dan menjaga anjing miliknya.
Bagaimanapun lelaki tersebut gagal melunaskan janji, lapor Odditycentral.com
Dia mendakwa gagal menghubungi kekasih serta lelaki tersebut tidak muncul untuk menghantarnya ke lapangan terbang sehingga membuat dia terlepas penerbangan.
Hal itu telah membuat dia kerugian kerana perlu mengambil kenderaan lain ke lapangan terbang serta membayar upah kepada penjaga untuk menjaga anjing miliknya.
Dia melakukan tuntutan kepada tribunal dengan dakwaan lelaki yang sudah menjadi bekas kekasih itu gagal menunaikan janji.
Tuntunan wanita tersebut bagaimanapun ditolak dengan alasan keduanya tidak mempunyai perjanjian yang boleh dijadikan rujukan.

BERITA TRENDING: "Saya Bukan Cleaner" - Noralbaniah

BERITA TRENDING: Lelaki Tinggal Di Airport Selama 18 Tahun & Jadi Inspirasi Filem The Terminal Meninggal Dunia

“Pasangan, sahabat atau rakan sepejabat yang membuat perjanjian sosial tidak boleh disaman kecuali mempunyai perjanjian yang ditandatangani bersama,” ujar wakil tribunal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.