VIRAL
Wanita Merangkak Keluar Dari Pembentung, Penduduk Panik! - "Macam Filem Seram The Ring"
Kemunculan wanita misteri ini seperti babak dalam filem seram, The Ring yang memaparkan watak hantu digelar Sadako merangkak keluar dari pita video yang disumpah.
Kali ini, 'Sadako' didakwa muncul secara tiba-tiba dari pembetung di bandar Makati di Filipina pada siang hari.
Warganet terutamanya di Metro Manila heboh selepas insiden itu dikongsi oleh RoughMasterpiecei pada Isnin lalu malah klip tersebut turut menjadi tular.
"Wanita misteri itu berlari melintasi pengguna jalan raya lain di persimpangan Rufino dan Adelantado Street di Salcedo Village, Barangay Bel-Air yang terpaku melihat sosok tubuhnya.
"Seorang lelaki berpakaian seragam tentera bertindak mengejarnya," jelas RoughMasterpiecei menerusi catatannya di media sosial.
Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan mereka percaya wanita itu merupakan gelandangan atau digelar taong grasa oleh penduduk setempat.
"Polis bersama badan berkaitan telah memasang penutup logam pada pembetung tersebut bagi mengelakkan kemunculan 'Sadako' daripada berulang.
"Jabatan Keselamatan Awam Makati turut mengawasi lokasi tersebut," menurut jurucakap pihak berkuasa sambil menambah mereka kini sedang meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan insiden kejar-mengejar melibatkan anggota tentera menaiki skuter dan wanita itu. - Agensi
Must-Watch Video