,
Viral

Wanita Maut Jatuh Tingkap Tingkat 3 Lepas Tergelincir Dari Treadmill, Polis Siasat Pengurusan Gimnasium

Gempak
20/06/2024
01:55 MYT
Polis sedang menyiasat dakwaan kecuaian pihak pengurusan K-Gym Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia susulan kejadian seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan ketika menggunakan treadmill.
Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Pontianak, Komisioner Antonius Trias Kuncurojati berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati jarak treadmill dengan tingkap hanya 60 sentimeter.

Jatuh

Lebar tingkap mencapai 90 sentimeter tanpa keselamatan. Sementara itu, kedudukan treadmill pula diposisikan membelakangi tingkap.
“Hasil siasatan sementara menunjukkan keadaan itu berpotensi atau memudahkan pengunjung untuk jatuh,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Maut Rempuh Lembu Terlepas Di Lebuh Raya

​ARTIKEL BERKAITAN: Budak 3 Tahun Maut Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur

​ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Haji Palestin Kongsi Cerita Terselamat Daripada Maut Beribu Kali

Antonius menjelaskan, tenaga yang digunakan apabila menggunakan treadmill adalah sangat besar dan ia mudah mengalami dehidrasi yang boleh menghilangkan kesedaran atau keseimbangan.
“Kami masih menyiasat dakwaan kecuaian dengan memeriksa beberapa saksi,” kata Antonius.
Pada Selasa, seorang wanita maut setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan gim di Kota Pontianak sekitar pukul 1 tengah hari.
Ketika itu, mangsa bersama bersenam di gimnasium tersebut bersama adik serta teman lelakinya.

“Kekasih mangsa mengajaknya ke tingkat dua, tetapi mangsa ingin ke bahagian treadmill di tingkat dua,” katanya lagi.

Kemudian, mangsa menggunakan salah satu treadmill dan sekitar 30 minit kemudian, mangsa kelihatan memperlahankan pergerakannya dan hanya berjalan.
“Mangsa tiba-tiba mengundur ke belakang sehingga terjatuh melalui tingkap,” jelas Antonius.
Selepas terjatuh, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Tanjungpura Pontianak untuk diberikan pertolongan cemas, namun mangsa sudah pun meninggal dunia.
​ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Bertuah Masih Hidup" - Gordon Ramsay Alami Kemalangan Basikal, Menggeletar Tunjuk Kesan Lebam

​ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

“Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami beberapa kesan lebam atau lebam di sekitar muka dan badan serta luka di kepala sehingga menyebabkan pendarahan,” kata Antonius.
Antonius menjelaskan, pihaknya masih menjalankan siasatan dengan meneliti tempat kejadian jenayah (TKP) dan memeriksa saksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Keracunan Makanan: Polis Panggil Pengusaha Katering & Penganjur

Berdasarkan kamera pengawasan atau rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dan beberapa anggota gimnasium lain dilihat menggunakan treadmill. Kedudukan mangsa semasa menggunakan treadmill adalah menghadap ke arah tingkap yang terbuka.
Tidak lama kemudian, mangsa dilihat jatuh ke belakang dan jatuh melalui tingkap. Manakala sejak kejadian itu, K-Gym telah menghentikan operasi selama tiga hari.
Sumber: Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.