Laman Utama
Wanita Malaysia Usia 75 Mencuri Di Singapura Sejak 1972!
Seorang wanita warga Malaysia yang disabitkan dengan beberapa kesalahan mencuri sejak 1972 di Singapura, dijatuhi hukuman penjara empat tahun kelmarin kerana sekali lagi mencuri, lapor laman berita Mothership baru-baru ini.
Ng Kim Swee, 75, pernah didenda pada 1971, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2004 dan pernah dihantar ke penjara beberapa kali.
BERITA TRENDING: Curi Sosej & Isi Ketam, Dua Remaja Berdepan Penjara Maksimum 14 Tahun
Agensi berita CNA melaporkan bahawa wanita itu juga pernah disabitkan kesalahan mencuri dan pecah rumah di Malaysia pada 1977, 1985, 1987, 2015, 2016, 2017 dan 2019.Menurut pendakwaan, Ng Kim Swee adalah seorang pencuri bersiri yang menyasarkan beg tangan mangsa di kedai yang sesak.
BERITA TRENDING: Pelakon Ditahan Polis Langgan Pelacur Berulang Kali
Dia akan memantau situasi dan menjauhkan dirinya daripada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum meneruskan kegiatannya.Ng kemudian akan berdiri di sebelah mangsanya dan berpura-pura mencari barang sebelum menggunakan sebelah tangan lagi untuk mengambil dompet daripada beg tangan mangsa.
BERITA TRENDING: Influencer Curi Brokoli, Penyangkut Baju Di Pasar Raya Di KLCC Kena Denda
Bagi kesalahan terbaharunya di mana dia mencuri barang dan wang tunai berjumlah lebih SGD$7,000 (RM24,393), kebanyakan mangsanya ialah pelancong.Sebanyak sembilan kenyataan telah diambil daripada Ng semasa siasatan terhadapnya dan dia akan berbohong dengan mendakwa bahawa dia tidak mencuri walaupun ditunjukkan rakaman CCTV.
Sumber: MotherShip menerusi Kosmo! Online
Must-Watch Video