Wanita Kahwini Patung Mengaku Diri Mengandung
Seorang wanita yang mengahwini patung kain dalam satu majlis perkahwinan pelik mengumumkan dia hamil anak keempat.
Meirivone Rocha Moraes mendakwa mengalami alahan dan mengidam sos tomato ketika mengumumkan berita mengenai kehamilannya di TikTok.
Selepas melangsungkan perkahwinan pada 2018, dia berjaya 'melahirkan' anak lelaki diberi nama Marcelinho berusia dua tahun dan kembar perempuan bernama Marcela dan Emilia. Bagaimanapun, nama anak keempat belum didedahkan lagi.
Meirivone merakamkan detik itu dalam satu rakaman video yang ditonton 70,000 di mana di mencelupkan kertas ujian kehamilan dalam bekas berisi air kencing.
Kemudian, selepas mendapati ujian kehamilannya 'positif' dia melompat kegembiraan dan serta memeluk 'suaminya' Marcello sambil memberitahu berita gembira itu.
"Kejutan paling besar adalah kerana kembar itu baru berusia satu tahun dan kini terdapat tiga bayi. Tidak mustahil untuk membayangkan bahawa anak keempat akan dilahirkan selepas ini.
"Saya tidak menipu. Saya fikir tidak akan mempunyai anak lagi, lebih-lebih lagi si kembar dilahirkan secara tidak dirancang," katanya kepada wartawan.
Bagaimanapun, ramai netizen menempelak Meirivone yang dianggap sebagai wanita 'hilang akal' apabila dia boleh melahirkan anak selepas berkahwin dengan patung kain tersebut.
"Tidak logik proses kehamilan berlaku. Dunia sudah hendak terbalik untuk mempercayai kisah begini," kata netizen.
"Dia mesti mengidam untuk menjadi seorang ibu," tambahnya.
Sumber: Sinar Harian