,
Laman Utama

"Wanita Jangan Jadi Bodoh" - Janda Malang Meninggal Dunia Taasub Kurus, Dicabar Bekas Suami Untuk ...

Izwan Isa
28/07/2023
01:50 MYT
Berkahwin kerana sayang dan cinta, bukan sebab paras rupa… Namun hal itu mungkin dipandang sebelah mata oleh sesetengah orang.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh founder Fabela Skincara, Zaleha Baba di TikTok, usahawan itu berkata, dia ada menerima satu mesej peribadi daripada seorang lelaki.
Menurut Zaleha, lelaki itu mengakui pernah melakukan kesilapan besar dengan menceraikan isterinya semata-mata wanita tersebut tidak lagi kurus.
@zalehababa7 menitik air maat saat kakleha membawa mesej dri tuan punya badan#fyp #fyp #fyppp ♬ original sound - Zaleha Baba
“Kejadian tersebut berlaku empat atau lima tahun lepas. Lelaki itu jatuh cinta dengan seorang janda anak dua. Jadi, dia lepaskan isterinya, dengan alasan isterinya telah naik berat badan. Tapi, bukanlah naik keterlaluan… dia buat alasan itu kerana sengaja mahu cari alasan bercerai.
“Namun, selepas berkahwin selama tiga bulan, baru lelaki ini sedar yang janda yang dikahwini itu mempunyai banyak hutang. Lebih perit, isteri baharunya itu bersekongkol dengan bekas suami untuk kenakan dia,” kongsinya.
Tambah Zaleha, selepas dua tahun berkahwin dengan janda anak dua itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk bercerai dan mencari kembali bekas isteri yang ditinggalkannya.
“Tapi yang sedihnya, bekas isteri dia sudah meninggal dunia. Menurut ipar-ipar lelaki itu, bekas isterinya meninggal kerana terlalu taksub nak kurus, kerana cabaran oleh bekas suami.
“Untuk abang itu, walaupun sudah terlewat, tapi sekurang-kurangnya masih ada usaha. Tapi kita wanita jangan lakukan sesuatu yang bodoh, hanya kerana manusia. Take note,” tutupnya.
BACA: Peminat Gelar Dirinya Anoreksia, Ariana Grande: “Anda Tidak Pernah Tahu Apa Yang Dilalui Seseorang”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.