,
Hiburan

"Walaupun Dia Bukan Islam..." -  Yatt Hamzah Puji Usaha Rihanna Bantu Lubnan

Asraf Aided
18/08/2020
10:55 MYT
Pelakon Yatt Hamzah memuji usaha penyanyi popular Hollywood, Rihanna yang mengajak para pengikutnya seramai 100 juta di Instagram untuk menderma ekoran kejadian letupan di Beirut, Lubnan awal bulan lalu.
Menurut Yatt, meskipun bilangan pengikutnya tidak begitu ramai, namun dia berharap agar ramai yang menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas di negara itu.
"Rihanna telah meminta 100 juta pengikutnya di Instagram untuk menderma bagi membantu Beirut, walaupun dia belum lagi Muslim, dia tetap bantu atas dasar kemanusiaan.
"Dan walaupun pengikut saya tak sampai pun 1 juta, saya tetap nak mohon semua followers untuk menderma sejak awal peristiwa dahsyat itu berlaku," tulis Yatt di Instagram.
Sementara itu, Yatt berharap agar sumbangan dari rakyat Malaysia mampu mencecah sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000.
"Mungkin telah berjuta dana dari pengikut Rihanna dikumpulkan, saya hanya mohon untuk kumpulkan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000 dari rakyat Malaysia, jika dapat.
"Alhamdulillah, hampir RM25,000 telah berjaya dikumpul, saya harap dapat capai target RM50,000, ayuh bantu Beirut, sebarkan post ini, saya mohon, demi manusia, demi agama," tulisnya lagi.
Di penghujung kapsyen, Yatt telah menyertakan butiran lengkap sebuah pertubuhan yang menguruskan wang sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang terjejas di Lubnan.

Rihanna Just Asked Her 100 Million Followers To Donate To Help Lebanon . Rihanna telah meminta 100 juta pengikutnya di Instagram utk menderma bg membantu Beirut. Walaupun dia Not Yet Muslim, tapi dia tetap bantu dan ajak semua orang bantu atas dasar KEMANUSIAAN. SUBHANALLAH. . . Dan walaupun pengikut sy tak sampai pun 1 juta, saya tetap mohon semua followers utk menderma sejak awal peristiwa dasyhat itu berlaku. Dan saya mohon setiap hari agar kita semua terus membantu semampunya. Paling penting sebarkan mesej ini agar lbh ramai yg tahu dan bantu. . Mungkin telah berjuta dana dr pengikut Rihanna dikumpulkan. Saya hanya mohon utk kumpulkan sekurang2nya RM30k-RM50k dari rakyat Malaysia jika dapat, utk bantu Beirut, Lebanon dan Alhamdulillah hampir RM25k telah berjaya dikumpul. Sy harap dpt capai target RM50k. AYUH BANTU BEIRUT. SEBARKAN POST INI.. SAYA MOHON.. DEMI MANUSIA, DEMI AGAMA..? ⠀ . WALLAHI.. KITA MESTI BANTU BEIRUT, LEBANON. APA YG BERLAKU DI SANA SANGAT DASYHAT & AMAT MENYEDIHKAN. Letupan dasyhat itu telah mengorbankan beratus2 nyawa, lebih 6000 cedera dan beribu lg mayat tidak dijumpai, serta lebih 300,000 orang kehilangan tempat tinggal. di Beirut, Lebanon. LEBANON ADALAH ANTARA NEGARA YG BANYAK MEMBANTU PELARIAN SYRIA YG TERTINDAS. SEKARANG TIBA MASA KITA PENDUDUK DUNIA YG LAIN PULA MEMBANTU MEREKA. . . Hulurkan bantuan anda ke PERTUBUHAN USRAH SUCI MALAYSIA 8603025792 CIMB ISLAMIC SILA TULIS REFERENCE: *TABUNG BEIRUT/LEBANON* . Sebarang pertanyaan hubungi ukhti Zubaidah (018-6611514). . #BEIRUTSEMERGENCYFUND #EMERGENCYFUNDFORBEIRUT #TABUNGBANTUANKECEMASANBEIRUTUSRAHSUCI #USRAHSUCI #PRAYFORBEIRUT #PRAYFORLEBANON #SEMOGAALLAHRAHMATIRAKYATMALAYSIA #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #ALFATIHAH #INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN #ALLAHUAKBAR

A post shared by BONDA YATT MOM OF 4 CHILDREN (@yatthamzah_suci) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Risiko Letupan, Pusat-Pusat Media Ditutup Sementara

gempak
28/07/2024
06:28 MYT
Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana "risiko letupan".
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

gempak
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.
Hollywood

Anak Kedua Baru 10 Bulan, Rihanna Jawab Spekulasi Hamil Lagi: “Saya Akan Anxiety”

gempak
13/06/2024
18:55 MYT
Sejak beberapa minggu lalu khabar angin mengenai penyanyi Rihanna hamil kali ketiga sempat tersebar luas.
Hiburan

Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

gempak
01/06/2024
14:55 MYT
Anant Ambani, 28, hanya akan berkahwin dengan kekasih, Radhika Merchant, 29, pada 12 Julai 2024.
Hiburan

Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”

gempak
21/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas berdepan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.