gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Jalan Pulang
HIBURAN
Pemuzik Ditahan Pukul Rakan Serumah, Sebatang Besi Hitam Dirampas - "Mangsa, Suspek Kerap Berselisih Faham Berpunca ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Walaupun Bukan Leading..” - Alicia Amin Teruja Berlakon Dalam Drama Bersiri Ex Aku Pontianak

Azwa Rahman
Azwa Rahman
24/01/2022
08:01 MYT
Sponsor Banner
“Walaupun Bukan Leading..” - Alicia Amin Teruja Berlakon Dalam Drama Bersiri Ex Aku Pontianak
Model dan pelakon Alicia Amin cukup teruja untuk membawakan watak sebagai kawan kepada seorang pontianak di dalam Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak.
Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 27, watak Jay yang dilakonkan sebenarnya tidak jauh dengan karakter dirinya sendiri.
“Saya membawakan watak Jay, selepas tamat sesi penggambaran saya cukup teruja dengan watak ni, mungkin tak banyak sangat tapi korang akan nampak lebih karakter Jay ni dalam episod empat ke atas.
“Walaupun saya bukan leading tapi skrip drama bersiri ini ditulis untuk semua orang memainkan peranan yang sangat besar.
“Untuk Jay, memang kita dapat reference macam dia seorang wanita yang strong dan orang akan dengar cakap dia. Watak ni ada banyak persamaan dengan saya, mungkin sebab Jay ni seorang yang relaks, its fun. Saya jadikan Cate Blanchett sebagai rujukan,” ujarnya Alicia kepada Gempak.
Alicia ditemui pada majlis sidang media Ex Aku Pontianak yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu.
Selain Alicia, drama bergenre komedi seram ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Istimewanya lagi, kini anda boleh menyertai kuiz Ex Aku Pontianak dengan menjawab 10 soalan sepanjang 10 episod drama bersiri ini.
Untuk menyertai kuiz Ex Aku Pontianak, klik di sini.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
#Alicia Amin
#Pontianak
#Ex Aku Pontianak
#Watak Jay
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement