,
Laman Utama

Walaupun Berat Tak Banyak Turun, Tapi Dr Say Rasa Lebih Sihat - “Rasa Sedikit Perubahan Bila…”

Izwan Isa
02/02/2022
13:50 MYT
Doktor selebriti, Dr Say Shazril sering menjadikan platform Instagramnya sebagai medium untuk berkongsi tentang pelbagai perkara, termasuk topik kesihatan.
Terbaharu, Dr Say ada memuat naik dua keping gambar sebelum dan selepas yang menunjukkan sedikit perubahan pada dirinya yang sudah mula bersenam di gimnasium.
Sungguhpun berat tidak turun dengan banyak, namun bagi Dr Saya, dia dapat merasai perbezaan dari segi badannya yang semakin ringan, pernafasan makin lancar dan secara keseluruhan rasa lebih sihat.
“Kalau tengok dari segi berat badan, memang tak banyak beza turun 1.5 kilogram sahaja. Tapi bagi diri saya sendiri, walaupun dalam tempoh sebulan ni saya ke gimnasium 2 hingga 3 kali seminggu dan makan tak berapa jaga, I can really feel significant difference.
“I feel lighter, I breathe easier and overall I feel healthier. Kalau tak, dulu rasa lesu, rasa tak selesa dan rasa kurang keyakinan,” katanya.
Menurut Dr Say, dia berazam untuk bersenam tiga kali seminggu dan cuba untuk lebih masak sendiri.
“Azam bulan Februari ni nak ke gimnasium minimum tiga kali seminggu dan nothing less. Makan nak lebihkan masak sendiri. Di samping itu ingat nak masukkan elemen kardio dalam senaman saya sebab kardio adalah salah satu senaman yang saya paling benci sejak azali, tapi my heart need to exercise as well.
“Bini pun dah mula bertekad nak bersenam dan jaga makan sungguh-sungguh. Jadi bila ada teman semestinya jadi lagi bersemangat!
“Harapnya progres Mac nanti lebih baik berbanding bulan Februari and I’m looking forward for it. Dah alang-alang saya SAHD (Stay At Home Dad) kenapa tidak gunakan masa saya sebijaknya untuk menjaga kesihatan diri bukan?” tuturnya lagi.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata positif terhadap perkembangan Dr Say.
“Berat tu memang tak beza tapi body memang nampak lagi tonned sekarang. Good job! Nak start jugalah!” ungkap seorang pengikut Dr Say.
“Good progress. I pun belum cukup sebulan start gym. Good work! Ada partner gym baru semangat!” kata seorang lagi netizen.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Hilang 113KG, Influencer Mukbang Nikocado Dedah Dah Lama Rancang Buat Sosial Eksperimen - “Saya Cukur Kepala Supaya Orang Tak Kenal…”

gempak
10/09/2024
14:55 MYT
Selepas 11 bulan menghilangkan diri, Youtuber mukbang sensasi Nikocado Avocado baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Hiburan

Gaji Content Creator Cecah Puluhan Ribu Ringgit, Dr Say Dedah Pernah Terima ...

gempak
23/08/2024
09:55 MYT
Selebriti media sosial Dr Say mendedahkan dia ada menerima bayaran sebagai pembuat kandungan atau 'content creator' yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Hiburan

Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah -  “Bila Sebut CCTV, Dia...”

gempak
15/08/2024
02:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumah warga Indonesia yang kantoi membawa lelaki asing ke dalam rumahnya tempoh hari telah diusir dan tidak lagi berkerja bersamanya.
Hiburan

Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

gempak
01/08/2024
08:05 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menjawab persoalan netizen mengenai mengapa membenarkan pembantu rumah memiliki telefon.