,
Laman Utama

"Walaupun Ada Istana Kat Malaysia Ni, Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon" - Rizalman

Amri Hassan
05/06/2021
09:50 MYT
Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan dirinya tidak menggemari ikan salmon.
Menerusi kemaskini di Instagram Stories, Rizalman memberitahu pembantu yang juga rakan baiknya, Faizul serta anaknya mungkin menggemari ikan tersebut.
"Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni, tak payah... Salmon?
"Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon, tak reti nak makan. Ikan curut cheq tahu. Tak apalah, Faizul dan Umar suka kut.
"Ini apa pula cheq dapat ni, ampa ni kan kami sudah pesan jangan bagi barang basah. Walaupun cheq tak makan salmon tetapi jenama sabun cuci tangan kena bagus.
"Ooo…dengaq kata buat biskut mazola pun sedap ganti kacang. Pi la hang nak mentekedaghah (makan) soghang, nak ajak aku sekali pasaipa? Pengat kambing hang pernah terai (cuba)?" katanya sambil 'unboxing' barangan basah daripada pengikutnya di Instagram.
Malah, Rizalman cuba menjamu ikan salmon kepada kucingnya namun tidak diendahkan.
Selain itu, antara makanan lain yang tidak digemarinya ialah kambing, ikan keli, bakso dan roti gardenia bakar.
Perkongsian Rizalman itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya Twitter.
Namun, ada juga yang punyai citarasa yang sama dengan Rizalman yang tidak menggemari ikan import berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.