,
Laman Utama

“Wajar Pertimbang Potong Elaun Perjalanan Jika Bekerja Dari Rumah” - MEF

Awani
24/04/2022
21:22 MYT
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melihat kewajaran majikan untuk memberikan pertimbangan gaji yang lebih kecil.
Ini termasuklah memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah (BDR).
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.
"Sebenarnya ada berbagai-bagai pendapat mengenai sama ada wajar BDR itu dibayar lebih kecil tetapi banyak syarikat kata kalau ada pengurangan, ia tidak harus banyak iaitu antara 10 hingga 12 peratus.
"Ini dilakukan sebab faktor tertentu di mana kalau kita lihat ada sesetengah syarikat memberikan elaun pergi dan balik bekerja.
Maknanya elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja bekerja dari rumah. Ada pekerja memilih gaji kurang apabila dibanding dengan ulang alik tempat kerja dimana kos boleh dikurangkan, itu antara faktor diambil jika mereka boleh turunkan gaji pekerja dari rumah," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui ada pihak melihat gaji pekerja BDR tidak wajar dikurangkan kerana mereka bekerja seperti biasa seperti yang berada di pejabat.
"Namun pada akhirnya, perkara itu bergantung kepada pilihan pekerja itu sendiri sama ada untuk menerima potongan elaun tertentu dan bekerja dari rumah atau memutuskan untuk mengeluarkan kos perjalanan dan bekerja di tempat kerja," jelasnya.
Mengikut tinjauan MEF, jelas beliau, tidak ramai majikan yang mahu meneruskan amalan BDR atau secara hibrid.
"Ini bermakna apabila kita memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik ini, kebanyakan majikan memilih untuk beroperasi dari tempat kerja.
"Namun, jika pekerja bekerja dari rumah tidak bermakna mereka boleh menurunkan produktiviti mereka dan seharus sebaliknya," tambahnya.
Malah, MEF melihat pekerja dari rumah seharusnya menunjukkan produktiviti kerja yang lebih baik memandangkan mereka tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya untuk ke tempat kerja.
"Kalau biasa pekerja tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya seperti biasa berikutan mereka memilih bekerja dari rumah, membuatkan pekerja letih dan stres, jadi mereka akan lebih fokus kepada kerja dan tidak ada isu produktiviti.
"Namun, untuk mereka berkerja dari rumah mereka perlu disediakan peralatan dan jaringan internet yang baik dan sebagainya," ujarnya.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lelaki Ditahan Rosakkan Kereta Mewah Bekas Majikan

gempak
30/08/2024
19:23 MYT
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bertindak merosakkan kereta mewah bekas majikannya kerana dipecat daripada pekerjaannya, Rabu lepas.
Viral

Wanita Tipu Sakit Terkejut Jumpa Majikan Dalam Pesawat

gempak
08/07/2024
17:00 MYT
Seorang wanita terkejut apabila menemui majikannya di dalam penerbangan sama selepas memberikan alasan sakit untuk pergi bercuti, lapor saluran berita NDTV semalam.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.
Viral

Buat Spotcheck Waktu Staf Masuk Kerja, Majikan Ini Dikritik Netizen - "Kalau Kau Nak Pekerja Awal, Pastikan..."

gempak
02/05/2024
09:25 MYT
Peribahasa Melayu pernah menyebut, masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu entri di media sosial baru-baru ini di mana seorang majikan membuat pemeriksaan terhadap waktu masuk kerja pekerja-pekerjanya. Menerusi video terbabit, majikan itu difahamkan meluahka
Viral

Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"

gempak
01/05/2024
15:50 MYT
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.