,
Laman Utama

Wajah Kate Middleton dipenuhi ‘Lebam’ & ‘Luka’ Berdarah, Undang Kemarahan Netizen!

Azwa Rahman
01/12/2021
14:10 MYT
Sebuah imej yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton dalam keadaan ‘lebam’ mencetuskan kekecohan dalam kalangan wargamaya.
Foto isteri Duke of Cambridge, Putera William yang turut dipenuhi 'luka' dan 'parut' itu didakwa digunakan dalam iklan sosial berkaitan keganasan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, media tempatan Daily Mail UK melaporkan gambar berkenaan digunakan tanpa kebenaran. “Dia melaporkan... tetapi tiada siapa yang mempercayainya, malah dia ditinggalkan sendirian.
“Dia juga tidak dilindungi, tetapi dia (lelaki) itu tidak dihalang. Malah, ia pula dibunuh,” demikian tulis kapsyen iklan tersebut.
The Sun melaporkan, poster tersebut dilihat ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali dan Sepanyol.
Selain gambar Kate, 39, kempen iklan sosial itu turut menggunakan imej Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris; Permaisuri Sepanyol, Ratu Letizia; Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen serta Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagard.
Menurut pelukis Itali, AleXsandro Palombo yang menghasilkan kempen iklan sosial tersebut, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk ‘menarik perhatian (ahli) politik' berhubung respons teruk yang diberikan terhadap masalah keganasan melibatkan jantina.
Keadaan itu, dakwanya menonjolkan ketidakberkesanan sistem sokongan dan perlindungan kepada mangsa.
Bagaimanapun, tindakan tersebut menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan wargamaya yang menyifatkan ia bukan satu bahan jenaka.
“Kamu jangan main-main... jangan gunakan imej wanita tanpa kebenaran mereka,” tulis seorang pengguna media sosial.
Selain itu, rata-rata wargamaya mendesak agar iklan tersebut segera diturunkan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

gempak
29/05/2024
05:55 MYT
Pempengaruh Leona Azhar mendedahkan yang dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di United Kingdom berdekatan dengan universiti tempat dia belajar.
Hollywood

Malu & Mohon Maaf Persenda Kate Middleton, Blake Lively Tetap Dilabel Pembuli

gempak
24/03/2024
12:55 MYT
Blake Lively yang dilihat telah membuat permohonan maaf kepada Middleton selepas sempat mempersenda teori tentang kehilanggan wanita berusia 42 tahun tersebut.
Berita

Kate Middleton Hidap Kanser, Mulakan Rawatan Kemoterapi

gempak
22/03/2024
21:50 MYT
Princess of Wales, Kate Middleton didiagnos menghidap kanser selepas menjalani pembedahan pada bahagian abdomen pada Januari lalu.
Berita

2 Bulan Tak Muncul Di Khalayak Umum, Ada Saksi Dakwa Kate Middleton Nampak ‘Sihat & Ceria’?

gempak
18/03/2024
15:55 MYT
Betul ke dakwaan saksi?
Viral

Di Mana Kate Middleton?

gempak
13/03/2024
09:55 MYT
Gara-gara sudah dua bulan tidak muncul di khalayak umum, Princess of Wales, Kate Middleton menjadi bualan netizen.