,
Laman Utama

Wajah Jadi Pelik Lepas Buat Filler Harga RM8 Ribu, Instafamous Ukraine; "Dulu Saya Hodoh Macam Hamster"

Maliah Surip
26/08/2021
15:20 MYT
Seorang selebriti media sosial dari Kiev, Ukraine, Anastasiia Pokreshchuk mengaku menyukai penampilan wajahnya yang disifatkan pelik oleh banyak orang selepas menjalani proses buat muka atau memasukkan filler pada wajahnya sejak dua tahun lalu.
Dengan tulang pipi yang terbonjol keluar dan bibir seperti disengat tebuan, wanita berusia 32 tahun itu mengaku dia berasa lebih cantik sekarang berbanding dengan dirinya dahulu. Pokreshchuk mengatakan telah menghabiskan lebih RM8,000 untuk mencantikkan wajahnya seperti memasukkan filler.
Malah dia mengaku dirinya yang asli kelihatan seperti seekor hamster dan melabelkan dirinya sebagai monster tercantik yang pernah dilihat orang saat ini.
"Saya faham ini kelihatan seperti keterlaluan. Tapi ini normal dan baik untuk saya. Saya gembira dengan penampilan terbaharu ini.
"Sebab saya sangat gembira. Jika melihat diri saya dari gambar setahun dua yang lalu, saya sangat hodoh," kata wanita itu seperti dilaporkan Daily Mail.
Pokreshchuk sebelumnya menjadi tetamu dalam rancangan This Morning bersama pakar kecantikan Dr Steven Harris.
Biarpun dia menegaskan suka dengan penampilannya, Dr Harris telah menasihatkan Pokreshchuk untuk tidak melakukan sebarang pembedahan lagi pada masa akan datang.
Harris mengatakan, tindakan selebriti media sosial ini melakukan perubahan pada wajahnya akan memberi kesan jangka panjang terutama dari segi emosi.
Ia juga bukan satu hal yang realistik dan media sosial banyak memperburukkan lagi situasi.
Namun Pokreshchuk memilih untuk tidak mengikut nasihat doktor dan terus menegaskan sangat gembira dengan penampilan baharunya.
"Saya tidak akan mendengar nasihat doktor (berhenti melakukan pembedahan). Mungkin anda tidak menyukai penampilan saya sekarang, tapi saya tidak ada masalah," katanya.
Mengaku dirinya sebagai lulusan psikologi, Pokreshchuk menyambung: "Orang yang kenal saya tahu sapa seorang manusia normal, tidak bodoh atau gila."
Dia juga menjelaskan melihat wajah sendiri sebagai hamster kerana memiliki pipi yang labuh.
"Saya suka wajah yang slim. Dulu wajah saya seperti seekor hamster, pipi saya labuh," jelasnya lagi.
Pokreshchuk kemudian memberitahu sejak dua tahun lalu antara proses yang telah dilalui pada wajahnya termasuk menambah filler pada bahagian pipi, bibir dan rahang serta melakukan Botox.
Kredit Foto: Daily Mail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar