,
Laman Utama

Wah Seronoknya! Omar & Hana Bersiaran Lebih Masa Sepanjang Ramadan Ni...

Fiza Kamarudin
20/04/2021
12:50 MYT
Siri animasi popular Omar & Hana akan berdurasi lebih panjang iaitu, selama 11 minit sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini.
Musim terbaharu ‘Kisah Omar & Hana’ yang hadir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris ini lebih padat dengan intipati pembelajaran, sajian lagu dan pelbagai doa untuk panduan semua.
Musim baharu ini merangkumi empat episod bertemakan Ramadan dan satu episod berlatarbelakangkan Raya dan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula dari 16 April hingga 14 Mei.
Episod-episod Ramadan musim terbaharu ‘Kisah Omar & Hana’ berkisar tentang cerita tauladan para Malaikat dan tanggungjawabnya, kesabaran ketika berpuasa, manfaat dan pahala yang dikumpul melalui sadaqah dan untuk mengasihi dan menghargai orang yang anda sayangi ketika mereka masih bersama dengan kita di dunia ini.
Manakala, episod khas Raya pula akan memperlihatkan Omar & Hana belajar mengenai panduan Kiblat dan sebab-sebab mengapa umat Islam perlu melaksanakan solat dalam keadaan menghadap ke arah Kaabah. Pengasas dan CEO Digital Durian Animation, Sinan Ismail, berharap penonton dapat menerima baik dan menikmati episod-episod istimewa Omar & Hana yang telah disusun sepanjang Ramadan tahun ini.
Sementara itu penerbitnya Fadilah A. Rahman, berkata, episod berdurasi panjang musim baharu ini atas permintaan daripada peminat Omar & Hana di seluruh dunia dan sebagai tanda penghargaan kepada peminat cilik.
Sempena musim terbaharu ‘Omar & Hana’ ini, Digital Durian juga telah melancarkan kempen ‘Hero Ramadan’ demi meraikan kedatangan bulan Ramadan dan peminat.
Peminat dialu-alukan untuk berkongsi detik istimewa mereka sepanjang bulan mulia ini dan perkongsian pengalaman terbaik berpeluang memenangi hadiah dan barangan cenderahati dari Omar & Hana.
Turut diadakan, siaran E-Khutbah khas buat ibu bapa dan ia hadir dalam tiga bahasa; Melayu, Inggeris dan Indonesia yang disiarkan setiap hari Jumaat di YouTube Omar & Hana.
E-khutbah ini menyaksikan penglibatan barisan ustaz tempatan dan antarabangsa seperti Mufti Menk, Imam Yahya Adel Ibrahim, Ustaz Syah, Imam Muda Nazrul, Ustaz Elyas Ismail dan Ustaz Muzammil Hasballah.
Siri animasi ‘Kisah Omar & Hana’ ini bersiaran pada setiap Jumaat, jam 11.00 pagi dan 4.00 petang di Astro Ceria (saluran 611).
Sebagai pilihan alternatif, kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.
Untuk maklumat lanjut mengenai Omar & Hana, sila layari www.omarhana.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Didi & Friends, Kini Pengembaraan Menyelamatkan Dunia Diteruskan Bersama Oga & Friends!

gempak
18/09/2024
12:50 MYT
Astro membawakan satu lagi siri animasi baharu iaitu Oga & Friends.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Laman Utama

Watak Dalam The Cadets Tarik Perhatian, Netizen Usik - “Hawa Tu Kenit Kenit, Tapi Samseng Kemain Ek”

gempak
27/12/2023
14:55 MYT
Hawa comel jadi bomba.
Laman Utama

Diinspirasi Oleh Variasi Kulinari Di Malaysia, Astro & Warnakala Studios Persembahkan Animasi Baharu, Makania

gempak
07/12/2023
06:28 MYT
Bakal menemui penonton Jumaat ini