,
Hiburan

Viral Video Bertumbuk Dengan Pengawal Keselamatan, Pelakon Reza Hasbi Mohon Maaf

Amri Hassan
06/08/2019
01:53 MYT
Pelakon Reza Hasbi telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular video pergaduhannya dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital di Sungai Buloh pada 16 Julai lalu.
BACA: Kereta Dibaling Penghadang Jalan... Alami Kecederaan Hidung & Tangan Kanan, Reza Hasbi Buat Laporan Polis
Kata Reza atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Hasbullah, 30, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berdamai dan menyelesaikan perkara terbabit dengan baik.
"Saya Mohamad Ridzuan Hasbullah dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak keselamatan Hospital Sungai Buloh kerana memviralkan video pertengkaran saya dan pengawal keselamatan iaitu Encik Ag Mohd Noh Ag Samat.
"Saya memohon maaf kerana kekasaran bahsa saya semasa pertengkaran berlaku. Walaupun berlaku provokasi semasa kejadian namun saya mengambil pendekatan untuk memohon maaf kerana Encik Ag juga telah memohon maaf kepada saya atas kekasaran sikap dan bahasa semasa kejadian berlaku.
"Walau berlaku insiden tolak-menolak semasa kejadian namun tiada pihak yang mengalami kecederaan dan kami berdua bersetuju berdamai dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.
"Sekali lagi dengan rendah diri saya memohon maaf kepada Encik Ag secara khusus dan pihak Hospital Sungai Buloh secara amnya atas sikap saya yang memviralkan video kejadian tersebut.
"Saya berharap dengan permohonan maaf saya secara terbuka ini perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik antara saya dan Encik Ag," katanya menerusi sepotong rakaman video semalam.
Sebelum ini dalam rakaman video berdurasi 2 minit yang dikongsi di Facebook peribadinya, pelakon itu kelihatan bertekak dengan seorang individu di kawasan letak kereta di sebuah hospital.
Berlaku perselisihan faham ketika Reza sedang menurunkan isterinya di ruang kecemasan hospital terbabit hingga menyebabkan kedua-duanya bertumbuk.
Difahamkan, ketika kejadian Reza berada dalam keadaan kelam kabut akibat isterinya yang mengalami pendarahan teruk dan keguguran.
Isteri kepada pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu, Rosedarlila mengalami keguguran anak ketiga ketika kandungan mencecah 10 minggu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Susulan kejadian itu, pelakon filem Showdown itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar