,
Viral

Viral Resepi Kurma Campur Mentega Untuk Berbuka Puasa, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri Tentang Khasiatnya!

Firdaus
11/03/2024
06:55 MYT
Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.
Ini kerana pengambilan buah tersebut ketika bulan penuh barakah itu merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW yang mudah untuk dicontohi oleh umat Islam.

BERITA TRENDING: Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Pada Selasa

Menerusi entri terbaharu di Platform X yang dibuat oleh ulama dan bekas ahli Dewan Negara Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkongsi resepi sempena Ramadan iaitu kurma dan mentega yang difahamkan disukai oleh Rasulullah SAW.
‎”Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa.
‎”Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
‎“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah),” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa.
Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر» “Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami… pic.twitter.com/FYLEqxjrAR— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 10, 2024 Selain itu, Dr Zulkifli turut berpesan agar orang ramai menggunakan mentega bukannya di marjerin, “Pastikan pure butter, bukan marjerin.”
Perkongsian itu meraih reaksi positif netizen di mana rata-ratanya berterima kasih atas ilmu yang diberikan.
Antara komen yang diterima:
“Terima kasih info Dr, satu pelajaran tentang hadis untuk hari ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW,”
“SubhanAllah, ini suatu ilmu yang baru hari ini sampai kepada saya. Terima kasih. Tabarakallah,”
“Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.”
Sekadar info, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Selasa (12 Mac 2024) menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.