,
Laman Utama

Viral Remaja Maut Kerana Booster Palsu, Meninggal Dunia Disebabkan...

Awani
14/02/2022
22:33 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan bahawa isu tular berkenaan seorang remaja meninggal dunia disebabkan vaksin dos penggalak COVID-19 atau 'booster' adalah palsu.
Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, siasatan yang dijalankan mendapati punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat.
Katanya, remaja berkenaan meninggal dunia pada 12 Februari lalu dan keadaannya telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik.
"Siasatan juga mendapati bahawa pesakit telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 31 Julai 2021 dan dos kedua pada 21 Ogos 2021.
"Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran telah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Susulan itu, ibu remaja berkenaan telah membuat satu laporan polis pada 13 Februari lalu, yang menafikan kematian anaknya adalah disebabkan oleh dos penggalak vaksin COVID-19.
"Beliau juga menafikan bahawa ahli keluarga membuat penularan dalam aplikasi Whatsapp mengenai kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak.
"Pihak Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi WhatsApp oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Dalam pada itu, JKNS menggesa kepada semua rakyat Sabah agar tidak menularkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi lain.
Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai tetapi juga boleh mengancam privasi pesakit dan ahli keluarga.
Tindakan undang undang juga boleh diambil terhadap individu berkenaan atas tindakan yang tidak bertanggungjawab.
"JKNS bersimpati dengan keluarga pesakit dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.