,
Hiburan

Viral Posmen Sedih Termenung Tak Dapat Bonus Raya, Pos Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara!

Hanafis Haris
19/05/2020
12:28 MYT
Beberapa hari lalu viral mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung apabila mendapat tahu tiada bonus diperoleh tahun ini.
Melihat pada situasi lambakan bungkusan atau parcel sepanjang dua bulan ini, perkara tersebut telah mencetuskan rasa simpati orang ramai.
Malah, ada yang berang dengan tindakan Pos Malaysia dan mahukan penjelasan segera.
Tadi lepas abg Posmen ni selesai hantar surat dan barang yg aku beli online tu,ada org call dia,lepas jawab call tu dia terus duduk termenung disitu dalam keadaan basah lencun,masa tu tengah hujan lebat,aku tengok muka dia memang nampak sedih pic.twitter.com/tkYZV3IAzy— Aisyah Humairah (@aisyah9009) May 16, 2020 Gempak sempat menghubungi pihak Pos Malaysia semalam dan penjelasan mereka berhubung isu berkenaan.
Menurut jurucakapnya, pandemik COVID-19 telah menjadi isu global yang telah menjejaskan rantaian bekalan seluruh dunia hingga menyebabkan beberapa peniagaan terjejas teruk dan Malaysia tidak terkecuali.
Menurutnya, jumlah bungkusan yang banyak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyebabkan banyak perkhidmatan penghantaran barangan terkesan.
"Namun begitu, Pos Malaysia masih meneruskan usaha untuk melindungi pekerja iaitu hampir 15,000 'frontliner'.
"Di saat banyak sektor mengambil keputusan drastik untuk memotong gaji, membuang pekerja Pos Malaysia masih bertahan untuk memastikan masa depan pekerja dilindungi," katanya.
Tambahnya, Pos Malaysia ketika ini sedang menjalani proses transformasi untuk mengubah perniagaan.
"Apabila rancangan transformasi ini berjalan lancar dan keadaan bertambah baik, kita akan memastikan penghargaan yang lebih baik untuk pekerja.
"Kami juga berterima kasih atas usaha pekerja kami yang bekerja tanpa lelah untuk memastikan penghantaran dan perkhidmatan dilakukan dengan sedikit gangguan terutama menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.