,
Laman Utama

[VIDEO]Netizen Dakwa Single Baharu Malique Ada Sedutan Lagu Mona Fandey?- "Vibes Meremang..."

Syafiqah Jalal
04/07/2023
00:59 MYT
Seorang pengguna Twitter mendedahkan sebuah lagu yang dipercayai single terbaharu penyanyi rap terkenal Malique berjudul Sedih Hati sudah pun dilancarkan.
Namun apa yang menjadi perhatiannya adalah lagu itu telah disuntik menggunakan lagu nyanyian seorang yang pernah menggegarkan Malaysia dengan kes pembunuhan ngerinya iaitu Mona Fandey.
Pengguna twitter yang bernama @Arifism itu juga mendakwa vibe atau mood lagu itu amat berbeza lebih-lebih lagi apabila terbaca komen pengguna laman sosial yang mengesahkan permulaan lagu itu adalah lagu Ratapan Anak nyanyian asal Mona Fandey.
"Baru tahu Malique ada keluar new single - Sedih Hati.
"Lain macam ya bila dengar vibe lagu ni.
"Bila baca komen ada yang cakap intro tu lagu Ratapan Anak - Mona Fandey
"Fuhhh bukan biasa-biasa," ciapnya.
Tambahnya lagi Mona Fandey memang seorang penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan atau dukun.
"Mungkin ramai tidak tahu, Mona Fendy pernah menjadi penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan.
"Pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu, Mona Fendy menjadi bualan mengenai kes pembunuhan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
"Ini adalah persembahan Ratapan Anak," katanya.
Ciapannya itu dikongsi bersama lagu yang dimaksudkan serta mendapat respon ramai dari pengguna laman sosial berkenaan.
"Ada vibes meremang bila 1st time dengar," respon seorang pengguna twitter.
"Malique ni kira macam Eminem versi Malaysia laa," puji seorang pengguna laman sosial berkenaan.
"Malique punya lyrics semua padu. Ini kalau comeback, confirm gempaks teruks," komen seorang netizen.
@astrogempak
Uish betul meremang lah suara Mona Fandey? Baru tahu dlu dia penyanyi nak tahu cerita lanjut baca di gempak.com atau klik link di related news♬ original sound - Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.