,
Laman Utama

[VIDEO]“Banyak Nyamuk & Ular”- Ebit Lew Sebak Lihat 2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan

Syafiqah Jalal
05/08/2022
07:56 MYT
Pendakwah bebas Ebit Lew terbang ke Kelantan untuk membantu dua beradik yang sudah dua bulan tinggal di bawah sebuah jambatan di Bachok.
Ebit memberitahu dia mengalirkan air mata bila mengenangkan nasib mereka yang ditimpa ujian sebegitu.
“Saya terbang pagi ni (semalam) ke Kelantan ziarah 2 beradik ni yang dah 2 bulan duduk bawah jambatan. Makan, tidur semuanya dibawah jambatan di Bachok.
“Seorang adik jaga abangnya yang tekanan dan gangguan emosi. Kasihan tengok mereka. Menangis melihat anak muda ditimpa ujian begini,” katanya.
Ebit berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik video saat menziarahi dua lelaki itu.
Difahamkan, pemuda berusia 27 dan 25 tahun yang memilih untuk hidup berdikari di bawah jambatan itu pernah tular apabila bapanya bernikah lain setelah pemergian ibu tersayang.
Difahamkan abangnya mempunyai masalah kesihatan mental.
Ebit yang tidak keseorang ditemani Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi bukan kerajaan lain (NGO) datang menghulurkan bantuan.
“Termenung diam je abangnya. Tadi bersama JKM dan NGO tempatan. Berat ujian adik ni. Kadang kita tak terfikir kenapa tidur bawah jambatan. Banyak nyamuk dan ular katanya.
“Adik ni tak sabar nak bekerja cuma mengenangkan abangnya. Abang ni dibawa dibawa dapatkan rawatan.
“Semoga adik beradik ni diberi sihat dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan melalui ujian ini dengar sabar,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Hiburan

Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

gempak
30/08/2024
11:25 MYT
Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat memutuskan bahawa, tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia 23 tahun, merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.