,
Laman Utama

[VIDEO] Wisma Jakel Shah Alam Terbakar, Musnah 80 Peratus

Awani
01/01/2023
04:25 MYT
Gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, pada pagi Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.19 pagi.
Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati satu kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Bahagian dalam bangunan musnah terbakar.
"Bagaimanapun api telah berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh lebih kurang sejam.
"Ketika ini pasukan JBPM sedang melaksanakan pemadaman bara bara api dan timbunan kain," katanya pada Ahad.
Norazam menambah tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, dan punca insiden masih dalam siasatan. - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tanah Jerlus Masjid India: Pasukan SAR Buka Lurang Di Wisma Yakin

gempak
26/08/2024
03:55 MYT
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, dilihat membuka satu lurang kumbahan berdekatan Wisma Yakin, pada pagi Isnin.
Terkini

Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!

gempak
29/03/2024
06:00 MYT
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Hiburan

"Pihak Itu Sanggup Bayar Triple" - Ditawar Beratus Ribu Ringgit, Nabil Ahmad Tolak Tawaran Jadi Duta Jenama Pakaian Lain Kerana Ini

gempak
08/03/2024
08:45 MYT
Nabil Ahmad tak mudah gelap mata kerana wang.
Laman Utama

Kumpulan Jakel, Ariani Beri Sumbangan RM3.5 Juta Kepada Rakyat Palestin

gempak
25/10/2023
04:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Gedung Terbakar Awal Tahun, Jakel Buka Premis Baharu Di Shah Alam! - "Ada 1,000 Parkir, Buggy Khas Untuk Pelanggan"

gempak
05/04/2023
08:58 MYT
Jakel baharu Shah Alam terletak sebelah Hospital Shah Alam.