,
Laman Utama

[VIDEO] “Walaupun Tak Reply, Saya Baca” - Siti Nurhaliza Maklum Peminat Tak Suka Lihat Dirinya Pakai Baju Ropol, Bling Bling

Izwan Isa
11/11/2022
08:50 MYT

Sewaktu berlangsungnya konsert Music Of The Soul: An Evening With Siti Nurhaliza pada 5 dan 6 November lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian penonton apabila mengeluarkan kenyataan mengenai keprihatinan peminat terhadap dirinya.

Menerusi rakaman yang tersebut, Siti secara berseloroh berkata, dia agak nervous apabila tibanya hari konsert, memandangkan peminat ingin mengetahui fesyen dan busana yang ingin digayakan pada acara berkenaan. “Peminat sayangkan sayalah. Kadang-kadang, perkara paling nervous ialah, dia (peminat) tanya siapa buat baju, ada yang tulis jangan ropol-ropol… Siti jangan bling bling. Siti plain je,” tutur Siti sambil disambut derai tawa penonton.
Berpeluang bertemu dengannya baru-baru ini, Siti berkata, dia sedia maklum mengenai komen-komen yang ditinggalkan peminat dan mengambil positif apa yang dikongsikan kepadanya.
“Of course… saya memang control Instagram dan juga akaun Twitter. Apa yang peminat komen, saya baca. Walaupun saya tak reply tersebut, saya baca komen-komen secara keseluruhan.
“Bagi saya, apa yang boleh saya ambil, saya ambil,” katanya ringkas.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang memuji telatah Siti dan ada juga yang melabelkan penyanyi nombor satu negara itu sebagai comel ketika berinteraksi dengan penonton.
Pada konsert berkenaan, Siti turut mengundang penyanyi rock Datuk Awie untuk menyanyi bersamanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.