,
Laman Utama

[VIDEO] Viral Jejaka Suara Sedap, Muka Macam Roslan Shah! Siapa Rayme Zainal Ni?

Amri Hassan
21/10/2022
08:45 MYT
Sepotong video memaparkan aksi seorang lelaki sedang menyanyi dengan kuat di sebuah kedai kopi mencuri perhatian warganet.
Video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu telah mendapat lebih 140,000 tontonan dalam tempoh sehari.
"Semalam ada kawan lepak lepas tu dia hantar video dia rekod ada mamat aneh mana entah tiba menyanyi masa tu. Tapi kan kenapa mamat tu muka macam Roslan Shah ek? Ke memang dia?" ciap pengguna berkenaan. Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi warganet, ada yang mengakui wajah jejaka berkenaan seiras personaliti versatil Roslan Shah, malah mengakui kelunakan suara emasnya.
Mengulas mengenai video viral itu, kata kata lelaki yang sebenarnya seorang pengacara dan penyanyi baharu, Rayme Zainal, ia tidak membaca komen-komen negatif tersebut yang hanya menjatuhkan semangatnya untuk melangkah dalam bidang seni.
"Kadang-kadang tertekan juga, tapi saya tidak baca dan ambil pusing komen-komen mereka.
"Saya anggap itu merupakan salah satu perkara yang perlu saya hadapi untuk berada dalam industri.
"Saya yakin lama-kelamaan orang akan biasa dan tidak akan bercakap tentang itu lagi," ujarnya yang meminati penyanyi popular Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah.

Muka disamakan Roslan Shah, Cico Harahap

Mengakui akan persamaan wajah dengan Roslan Shah, Rayme menganggap komen-komen sedemikian sebagai satu pujian.
Rayme juga menjelaskan bahawa biar pun seringkali disamakan dengan Roslan, dia sesekali tidak menggunakan kelebihan itu sebagai ruang untuk menumpang populariti mana-mana artis.
"Memang ada viral media sosial dan selalu orang tegur muka seiras saya Roslan dari dulu lagi dan ada juga yang kata seiras pelakon, Cico Harahap.
"Namun saya tiada apa-apa kaitan dengan Roslan malah tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi pernah berjumpa di program-program umum.
"Bagi saya, Roslan sangat bagus sebagai pengacara dan pandai juga menyanyi. Beliau sangat menghiburkan sebagai pengacara dan juga versatile sebagai selebriti serba boleh," katanya.
Untuk rekod, Rayme, 44, pernah mengeluarkan single Tiada Lagi Esok pada 2020 dan Andai pada Mei lalu.
Sebelum ini, Rayme pernah menjadi juara di pertandingan atas talian anjuran Sajakiri Musicdab dan menyertai program realiti tv francais dari United Kingdom bagi musim pertama iaitu All Together Now Malaysia anjuran ASTRO.
Pada April lalu, dia yang memiliki bakat sebagai komposer turut mengeluarkan single ketiga sempena Aidilfiti yang bertajuk Rindu Di Hari Raya.

Lancar lagu keempat Close To You

Sementara itu mengulas karier seninya, Rayme berkata, dia akan mengeluarkan single keempat yang bertajuk Close to You pada bulan depan dan merancang untuk mengeluarkan EP pada tahun 2023.
"Saya sudah lama minat dalam bidang nyanyian ini dan sanggup memasuki kelas vokal bersama beberapa guru vokal selebriti iaitu Cikgu Shafi, Cikgu Sarah Ismail dan Cikgu Aruel Ariel sejak tahun 2017 sehingga hari ini.
"Namun hehadiran sebagai penyanyi bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada berkongsi minat dan bakat dalam bidang nyanyian.
"Berharap agar nyanyian dan lagu-lagu ciptaan sendiri diterima pendengar dan semoga mendapat tempat di industri hiburan tanahair," katanya yang masih bujang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.