,
Laman Utama

Video Ujibakat Muncul Semula, Netizen Masih Samakan Andi Bernadee Dengan Suneo Dalam Kartun Doraemon

Izwan Isa
29/11/2021
00:50 MYT
Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee pernah melalui jalan yang sukar sewaktu ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian.
Sejak usia remaja, penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu kerap menyertai pelbagai ujibakat pertandingan nyanyian.
Antara program nyanyian yang disertai oleh Andi termasuklah Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan juga Big Stage.
Namun, nasib tidak menyebelahinya. Nama Andi masih kurang panas. Namun, siapa sangka, berkat kesungguhannya yang tidak mengenal putus asa, tuah Andi dalam bidang seni mula menunjukkan sinar apabila namanya mula dikenali selepas dia menerbitkan lagu berjudul Donde.
Sejak itu, kelibatnya dalam industri semakin diberi perhatian manakala karier seninya juga semakin cemerlang.
Bercakap mengenai penyertaannya dalam beberapa pertandingan nyanyian, baru-baru ini, klip ujibakat Andi sewaktu menyertai pertandingan One In A Million kembali dikongsikan oleh wargamaya menerusi aplikasi Tiktok.
@syafinazselamat.fans
Reply to @seketulasyiqin ##datuksyafinaz ##datuksyafinazselamat ##syafinazselamat ##fyp ##foryourpage ##persissalju ##andibernadee ##oiam ##oneinamillion♬ original sound - Datuk Syafinaz Selamat FANS Menerusi proses ujibakat berkenaan, Andi menyanyikan lagu It Might Be You yang pernah dipopularkan oleh Stephen Bishop.
Menariknya, meninjau ruangan komen, pelbagai komen lucu ditinggalkan oleh pengguna aplikasi berkenaan.
“Muka Andi macam dalam Doraemon tu,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Suneo in real life,” respons seorang lagi pengguna platform berkenaan.
Bagaimanapun, tidak semua komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial menyentuh berkenaan wajah Andi yang menyerupai Suneo.
Ada juga yang memuji ketabahan Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile itu dalam menanam tekad untuk terus berjaya sebagai penyanyi seperti hari ini.
Terdahulu, hal mengenai kemiripan wajah Andi dan watak Suneo pernah dibincangkan menerusi dalam rancangan Extra Lawak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Ambil Langkah Berjaga-Jaga”- Andi Bernadee Mahu ‘Sorok’ Kehidupan Peribadi, Kini Lebih Matang Buat Keputusan

gempak
28/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Andi Bernadee memutuskan untuk tidak berkongsi hal peribadinya di media sosial disebabkan pengalaman yang pernah dialaminya.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Viral

Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!

gempak
03/05/2024
22:20 MYT
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Laman Utama

[VIDEO] "Mungkin Rezeki Saya..." - Andi Bernadee Beruntung Lagu Baharu Dapat Sentuhan Komposer Amerika Syarikat

gempak
29/08/2022
11:42 MYT
Aku Di Sini berentak slow pop!
Laman Utama

“Our Childhood Memories, Terima Kasih…” - Artis Manga Doraemon, Fujiko A. Fujio Meninggal Dunia

gempak
08/04/2022
02:34 MYT
Sampai sekarang Doraemon masih lagi popular.