,
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

Firdaus
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.

Beri Ucapan Untuk Fattah

Apa yang lebih menarik perhatian, video berkenaan dikatakan dirakam sendiri oleh Fazura sebelum dimuat naik di sebuah akaun untuk kehidupan seharian pasangan selebriti tersebut iaitu @fattzuralovelife.

"Selamat hari jadi daddy. Saya sayang ayah...

"Selamat hari jadi daddy. Saya sayang ayah," kata Fatima.
Selain itu, Fazura juga dapat didengari memberi ciuman disebalik rakaman video.
Tidak hanya itu, Fatima juga berharap agar bapanya sentiasa bahagia pada hari lahirnya.
"Nikmati hari istimewa ayah," tambah Fatima.
Entri itu menarik perhatian ramai susulan isu pergolakan rumah tangga membabitkan pasangan selebriti itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat kepada video yang dikongsikan.
"Terus menitis air mata ku. Apapun yang terjadi jangan pisahkan anak dengan ayahnya. Fatima perlukan mereka berdua,”
"Ya Allah satukan keluarga ini,”
"Pergi luangkan waktu bersama. Saya tahu kalian saling mencintai.”

BERITA TRENDING: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

​BERITA TRENDING: Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”

​BERITA TRENDING: “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

​BERITA TRENDING: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

Semalam, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Unitar