[VIDEO] Tunjuk Bakat Menyanyi, Netizen Samakan Suara Watie Dengan Arwah Siti Sarah; “Terubat Rindu Anak-Anak…”
Nama usahawan Watie Hanifiah terus menjadi perhatian wargamaya selepas pelawak Shuib mengesahkan kini sedang mengenali hati budi wanita tersebut.
BACA: Akui Keluar Dinner Bersama, Shuib Dalam Fasa Berkawan Dengan Watie - “Anak-Anak Saya Selesa…”
Baru-baru ini, nama Watie sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah video memperlihatkan dirinya sedang menunjukkan bakat dalam nyanyian.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Watie sedang menyanyikan lagu berjudul Rapuh nyanyian penyanyi asal Indonesia iaitu Agnes Monica.
Bagaimanapun, video nyanyian Watie yang berdurasi lebih 30 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi wargamaya
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji vokal nyanyian Watie selain ada yang menyamakan suaranya mirip Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin iaitu isteri Shuib.
“Masya-Allah, andai awak ditakdirkan untuk Shuib, maka akan terubat juga rindu anak-anak mereka pada arwah. Suara ada iras-iras ibu mereka,” ujar seorang wargamaya.
Pun begitu ada juga yang meminta Watie untuk tidak meniru gaya nyanyian Siti Sarah dan memintanya menjadi diri sendiri.
“Kenapa mesti nyanyi macam arwah Siti Sarah? Just be yourself bila nyanyi,” komen seorang warganet.
“Jangan try hard sangat nak tiru Allahyarhamah Siti Sarah sis. Macam langit dan bumi,” kata seorang netizen.
Untuk info, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2011.
Pada 9 Ogos 2021, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.
Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya. Tiga lagi anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.