Laman Utama

[VIDEO] Trend Niaga ‘Cedok Live’ Di Tiktok Adalah Tidak Sah! PU Amin – “Wujud Unsur Gharar”

gempak
Shahrin Zulkifle
19/07/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Trend Niaga ‘Cedok Live’ Di Tiktok Adalah Tidak Sah! PU Amin – “Wujud Unsur Gharar”
Pendakwah selebriti, PU Amin tampil memberi pencerahan mengenai trend berniaga ‘cedok live’ yang tular di laman TikTok baru-baru ini.
Trend ‘cedok live’ adalah perniagaan secara langsung di atas talian, dimana peniaga akan menggunakan alat pengaut (senduk) untuk mengambil barangan niaga mereka secara rawak dan spontan.
Jelas Amin, tindakan tersebut tidak digalakan oleh Islam kerana mempunyai unsur ketidakpastian dalam urusan jual beli yang dilakukan.
“Ini yang sedang trend di TikTok sekarang, jual beli secara live guna cara cedok-cedok.
“Tidak salah untuk berjual beli, tetapi perlu ingat dan jaga halal dan haram.
“Sebenarnya amalan cedok-menyedok ini pernah di amalkan pada zaman jahiliah.
“Sebab itu kalau kita nak berniaga hendaklah jauhkan dari unsur gharar (helah mengelirukan pelanggan).
“Bila kita melihat jual beli ‘cedok live’ ini wujud perkara ketidakpastian dan hal itu sangat dilarang di dalam agama,” katanya.
Amin berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran terbaru di laman TikTok miliknya semalam.
Tambah Amin, sebagai seorang muslim jangan sesekali mengambil remeh dalam urusan jual beli kerana setiap perkara yang dilakukan akan dinilai oleh sang pencipta.
“Biar kita berniaga sedikit tetapi mendapat keberkatan dan mempunayi unsur halal.
“Walaupun ada yang berkata sekadar berniaga gula-gula sahaja, namun perlu diingat sebagai seorang muslim, sekecil perkara yang kita lakukan akan dihitung oleh Allah.
“Saya bukan ingin mengganggu periuk nasi peniaga, malah saya sokong orang untuk berniaga, tetapi berniagalah dalam keadaan halal dan baik,” tambah Amin.
Justeru, bagi mendapatkan kesahihan yang lebih jelas, Amin telah merujuk kepada individu yang lebih arif mengenai isu jual beli ‘cedok live’ ini.
“Saya juga ada merujuk kepada beberapa pakar muamalat dan mereka berkata memang ada wujud unsur gharar, unsur ketidakpastian, unsur yang sengaja dicipta-cipta dan unsur penganiayaan. Tolong kawal diri dalam hal ini, semoga Allah meredhai kita,” ujar Amin.
Terdahulu seorang pengguna TikTok meniaga barangan jualan makannya seperti snek dan makanan ringan lain dengan menggunakan cara cedok dan kemudian meletakkan harga pada setiap cedokan itu.
@ustazamirulamin
Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.
♬ Emotional Islamic Music - Arslan Chaudhry
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024