,
Laman Utama

[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza

Shahrin Zulkifle
12/08/2022
12:00 MYT
Penyanyi Ning Baizura menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas kata-kata semangat yang diberikan kepadanya baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat di laman Tiktok, Ning yang mengenakan baju berwarna gold mengukir senyum dibibir saat bertemu Siti dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Hi Assalamualikum, tengoklah saya dengan siapa sekarang, Datuk Siti Nurhaliza dengan saya.
“Terima kasih Datuk kerana memberi kata-kata semangat yang baik-baik untuk saya,” kata Ning kepada Siti.
Terdahulu, pelantun lagu Purnama Merindu itu menzahirkan kata-kata positif buat Ning ekoran video tular nyanyian Ning yang ‘tidak kesampaian’ ketika membawakan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah kelab.
@msningbaizura Masyallah hanya org yg faham akan faham!!! Only those who are still relevant in the music industry understands!! Tq dear @ctdk_official #sitinurhaliza #ningbaizura #ComingSoon #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #letsviral #artissayangartis #womenempowerment #bbnupdate #bbnu ♬ original sound - NingBaizura
Sementara itu, Siti yang terlihat sama dalam video yang dikongsi Ning berkata dia juga pernah mengalami situasi yang sama dengan penyanyi bersuara soprano itu.
“Kita sama sahaja dan saya tahu apa yang terjadi, kita sama-sama pernah alami,” ujar Siti.
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Ning menjelaskan hanya penggiat seni muzik yang masih relevan akan memahami situasi yang berdepan dirinya.
“Masyallah hanya orang yang faham akan faham! Hanya mereka yang masih relevan dalam industri muzik akan mengerti, Terima kasih Datuk,” tulis Ning.
Sehingga artikel ini ditulis, video yang dikongsi Ning telah menerima 90 ribu tontonan.
BACA : “Takpa Kak Ning, Relaks Je… Kita Tahu Apa Yang Kita Dah Usahakan” – Siti Nurhaliza
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.