,
Laman Utama

[VIDEO] Tak Sempat Sudah Warna Rambut, Kelly Azman Feeling Ber-Catwalk Tengah Panas, Dah Kenapa?

Amri Hassan
07/02/2023
15:40 MYT
Selebriti versatil Kelly Azman sekali lagi menuai perhatian dengan gelagat bersahajanya berjalan di tengah-tengah panas sebelum sempat rambutnya siap diwarnakan.
Dalam sepotong video yang tular di media sosial, Kelly, 45, yang difahamkan sedang mewarnakan rambut di salun Ve'Era di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dilihat melintas jalan sambil ditemani seorang lelaki untuk membeli pisang goreng.
Hal itu menarik perhatian penduduk sekitar yang rata-ratanya tercengang dengan tindakan spontan juri All Together Now Malaysia itu.
"Netizen viralkan video saya berjalan dalam keadaan rambut tak sempat siap di tepi jalan raya.
"Ceritanya, saya dipanggil untuk ke salun Ve'Era di Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk perkenalkan produk Ve'Era care dan rangkaian syampu di salun milik Gin V.
"Dia kemudiannya tawarkan saya untuk warnakan rambut. Yang kelakarnya, ketika tengah-tengah buat rambut dan tunggu warna rambut siap saya lapar.
"Memandangkan Pulau Pinang sangat terkenal dengan makanan, saya pun terus keluar dan melintas jalan berhampiran salun untuk ke kedai membeli pisang goreng.
"Dalam keadaan saya memakai baju salun dan rambut separuh berwarna itu, semua duk pandang pelik pada saya sampai ada yang rekod dan upload video di media sosial," ceritanya kepada Gempak.
Akui Kelly ramai yang mengecam tindakannya berjalan di kaki lima dan tepi jalan raya dalam keadaan sedemikian.
"Netizen pelik kenapa saya ni feeling, tak boleh habiskan dulu siapkan rambut di salun?
"Paling lucu sampaikan penjual pisang goreng pun tercengang tengok saya tengah-tengah panas buta. Saya pula jenis orang yang tak peduli apa orang nak kata, cuma tak sangkalah sampai menjadi perhatian. Saya pun terkejut!" tambah Kelly.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.