,
Laman Utama

[VIDEO] Surau Teruk Dimasuki Air Sampai Berlumpur, Tapi Sejadah Tempat Imam Masih Bersih, Allahuakbar!

Shahrin Zulkifle
21/12/2022
01:00 MYT

Umum mengetahui ketika ini beberapa negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan serta negeri Pahang sedang dilanda bencana banjir.

Keadaan cuaca dengan hujan lebat tanpa henti menyebabkan paras air naik dengan cepat sehingga memasuki kediaman rumah penduduk dan merosakkan harta benda milik mereka.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila tular satu perkongsian video di TikTok @yahibrahimkhan memperlihatkan keajaiban yang berlaku di sebuah surau di daerah Kemaman, Terengganu.

Pada video berkenaan, keadaan surau tersebut dilihat dimasuki air dan mengakibatkan lantai berlumpur dengan teruk sehingga kesan lumpur itu terkena pada beberapa barangan di dalam surau berkenaan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah satu sejadah di dalam surau itu dilihat tidak langsung terjejas dengan kesan lumpur. Malah ia berada dalam keadaan begitu bersih dan kemas.

Sejadah berkenaan dilihat berada di kedudukan tempat Imam untuk mendirikan solat.

@yahibrahimkhan Replying to @jacksparow91_ ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy - Kelud Music

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terkejut dan menganggap kejadian ‘ajaib’ itu sebagai salah satu tanda kekuasaan Allah.

“Macam tak percaya, tapi itu bukti kuasa Allah,” kata seorang wargamaya.

“Allah buktikan tiada yang berkuasa daripada-Nya,” komen seorang warganet.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan mereka pernah berdepan situasi sama ketika kediaman mereka dilanda musibah banjir suatu ketika dahulu.

“Saya pun sama, rumah saya sejadah dan telekung tak basah,” kata seorang wargamaya.

“Rumah saya banjir tahun lepas, Al-Quran dalam rumah dalam keadaan baik sedangkan almari yang berat dah jatuh,” ujar seorang netizen.

“Rumah nenek saya pun, Al-Quran langsung tak basah, elok je. Memang hairan sebab air dah naik paras lutut,” komen seorang warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.