Laman Utama

VIDEO: Solat Jenazah Ghaib Siti Sarah Di Masjidil Haram, Shuib Terharu- “Bergembiralah Bidadariku…”

gempak
Mya Amri
10/08/2021
07:38 MYT
Sponsor Banner
VIDEO: Solat Jenazah Ghaib Siti Sarah Di Masjidil Haram, Shuib Terharu- “Bergembiralah Bidadariku…”
Pelawak, Shuib meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka berita pemergiaan Allahyarham isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, semalam, diketahui hingga ke Tanah Suci Makkah.
Shuib menerusi video pendek yang di muat naik di akaun Instagram miliknya itu merakamkan seorang imam sedang melakukan solat jenazah ghaib secara berjemaah di dalam Masjidil Haram di Makkah.
Difahamkan solat jenazah ghaib yang dilakukan pada waktu Zohor itu adalah untuk Allahyarhamah Siti Sarah.
"Allahuakbar, Allah Maha Besar. Dapat kiriman video solat jenazah ghaib dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang awak ibu... Bergembiralah disyurga bidadariku Siti Sarah," coretnya.
Dalam pada itu, rata-rata komen yang ditulis juga menunjukkan rasa kagum mereka terhadap amalan-amalan dan sifat baik yang pernah dilakukan Allahyarhamah sepanjang hayatnya.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih satu juta tontonan.
Terdahulu, dunia industri hiburan dikejutkan dengan pemergian bintang kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, jam 5.13 pagi.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19.
BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”
Ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.
Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.
Bagaimanapun malam tadi ketika majlis bacaan Yassin menerusi aplikasi Zoom, Shuib memaklumkan keadaan isterinya tenat selepas paras oksigen menurun sehingga 30 peratus.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024