,
Laman Utama

[VIDEO] Shakil Aryan Shah Nama Anak Kedua Emma Maembong - “Masa Adik Sampai, Mama Risau Kalau…”

Asyikin Mayudin
12/05/2023
00:50 MYT
Bukan sahaja memuat naik wajah comel cahaya mata keduanya, pelakon Emma Maembong berkongsi nama anak lelakinya iaitu Shakil Aryan Shah.
Emma turut memuat naik video memperlihatkan momen indah apabila anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Teruja nak jumpa, buat-buat merajuk. Tapi tak boleh merajuk lama sebab rindu, dua hari tak jumpa. Ini adalah bahagian yang paling sukar, awak sentiasa akan menjadi anak pertama saya.
“Terima kasih sebab banyak ajar mama. Masa adik sampai mama risau kalau Gabriel tak boleh terima. tapi saya tahu awak akan jadi seorang abang yang terbaik.
“Dia nak pegang adik dia tapi tak tahu macam mana,” kongsi Emma.
Rata-rata netizen teruja dengan kecomelan bayi Emma selain ada juga segelintir mereka yang bimbang melihat aktres itu mengangkat anak sulungnya.
Pada Rabu, suami Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan.
Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”

gempak
26/10/2024
00:07 MYT
Pelakon, Shikin Maembong mendedahkan adiknya, Emma Maembong ada meminta nasihat berhubung kes cerai bersama bekas suami baru-baru ini.
Hiburan

Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

gempak
08/10/2024
07:30 MYT
Umum mengetahui pelakon jelita Emma Maembong memaklumkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik, semalam.
Hiburan

“Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

gempak
07/10/2024
23:41 MYT
Pelakon, Emma Maembong memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.
Hiburan

Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

gempak
07/10/2024
12:19 MYT
“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah," kata pelakon jelita, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.
Hiburan

"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

gempak
24/09/2024
18:50 MYT
Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi mengenai keadaan anaknya yang mengalami alahan terhadap kucing.
Unitar