,
Laman Utama

[VIDEO] “Sayang, Saya Tak Tinggal Awak…” - Lelaki Meraung Lihat Isteri Rentung Depan Mata, Nana Mahzan Sempat Rakam Kejadian

Shahrin Zulkifle
16/10/2022
00:00 MYT
“Allahuakhbar sayang, saya tak tinggal awak sayang”, demikian raungan seorang lelaki apabila isterinya terperangkap dalam kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, malam tadi.
Menerusi video menyayat hati yang tular di laman sosial itu, dilihat lelaki berkenaan meraung dan menangis teresak-esak kerana kesal tidak dapat menyelematkan isterinya yang terperangkap itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut telah ditenangkan oleh beberapa pengguna jalan raya lain dan dibawanya ke bahu jalan berikutan api yang merebak kuat.
@kosmoonline Salam takziah.. Kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat #Sedenak ♬ original sound - Kosmo!
Sementara itu, kejadian tersebut sempat dirakam oleh pengacara Nana Mahzan yang kebetulan ketika melalui jalan sama berlakunya kemalangan tersebut.
Nana berkongsi video pendek berkenaan menerusi hantaran terbaharu di TikTok Story miliknya.
“Astarghfirullahalazim, moga semua yang terlibat selamat,” tulisnya pada kapsyen.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, seorang maut manakala empat lagi selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu lori Isuzu, Proton Wira dan Proton Preve.
Katanya, mangsa yang maut adalah wanita yang juga penumpang Proton Wira yang ditemui tersepit dan rentung di dalam kereta terbabit.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.47 malam.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah lori jenis Isuzu terbakar 70 peratus, manakala Proton Wira terbakar sebanyak 90 peratus akibat kemalangan
"Penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri.
"Dua lelaki yang menaiki lori Isuzu dan pemandu Proton Preve selamat," katanya.
Sumber - TikTok Kosmo, TikTok Nana Mahzan, Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.