,
Laman Utama

[VIDEO]: “Saya Minta Maaf Dianggap Memalukan AIM23 Kerana Miming…”- Janna Nick Perjelas Status Kesihatan

Mya Amri
11/09/2022
21:39 MYT
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick tampil memohon maaf kerana menyanyi secara miming pada persembahan di pentas berprestij Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) yang berlangsung Ahad.
Bagaimanapun Janna menjelaskan perkara itu tidak disengajakan kerana kondisi kesihatannya masih kurang baik selepas dijangkiti Influenza dua minggu lalu.
“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23.
“Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” jelasnya.
Selain itu disebabkan jadual yang padat, Janna juga tetap meneruskan urusan kerja walaupun doktor telah menasihatkan dirinya untuk berehat.
“Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2 , kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih @warnermusicmy sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya. Segala kesulitan amat saya kesali,” jelasnya.
Terdahulu, Janna teruk menerima kecaman netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju nyanyian secara miming dilakukan terutamanya pada acara muzik besar seperti AIM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Viral

Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

gempak
30/07/2024
15:35 MYT
Pempengaruh, Andika Putera akhirnya tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi mengenai hal rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha.
Viral

Dikecam Sebab Pakai Purdah Ketika Ikuti Kelas Agama, Stylist Lelaki Popular Ini Minta Maaf

gempak
23/07/2024
23:55 MYT
Penata gaya atau stylist, Wanda Hara akhirnya mengakui kesilapan gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri pengajian Ustaz Hanan Attaki yang diadakan pada Sabtu.
Hiburan

Bella Astillah Berangkat Tunai Umrah, Doa Urusan Dipermudahkan – “Saya Mohon Maaf Seikhlas Hati”

gempak
14/07/2024
06:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi foto dia di lapangan terbang pada pagi Ahad.