,
Laman Utama

Video Pelakon Bercium Di Kelab Malam, Ameerul Asyraf Tak Mahu Berselindung - “Itu Memang Saya Tapi…”

Asyikin Mayudin
09/02/2023
07:59 MYT
Nama pelakon Ameerul Asyraf menjadi sebutan susulan tular video seorang pelakon lelaki ghairah bercium di kelab malam di laman sosial sejak semalam.
Mengakui individu dalam video tersebut adalah dirinya, Ameerul menjelaskan video tersebut merupakan rakaman lama yang dirakam sekitar 2019.
Mengakui Kesilapan Lama
“Itu memang saya, tapi video tu dah lama… semua itu kisah silam saya. Saya pun tak tahu apa tujuan dia mendedahkan video lama kepada wanita yang saya sedang berkawan, iaitu Eyra.
“Saya faham mungkin Eyra upload sebab dia tak tahu nak luah macam mana. Saya ada cuba hubungi dia untuk berbincang perkara ini.
“ Mula-mula saya dapat hubungi, tapi selepas itu dia sekat nombor saya. Kalau boleh saya nak selesaikan dengan cara baik dan tak memanjangkan isu,” katanya kepada Gempak.
Ameerul juga memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang perancangan untuk bertunang seperti yang didakwa Eyra namun mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita itu.
Tak Pernah Merancang Bertunang
“Saya memang mempunyai hubungan rapat dengan wanita itu… dia selalu teman saya pergi shooting. Tapi saya tak ada menyatakan mengenai bertunang.
“Mungkin ada la percakapan soal itu tapi belum ada perancangan yang betul-betul. Sebab fokus utama saya adalah karier seni,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ameerul berkata dia sudah memberi penjelasan kepada ibu bapanya dan berharap isu yang berlaku tidak menganggu punca rezeki utamanya.
Keluarga Sudah Tahu
“Sekarang ini, saya dah tinggalkan semua itu… saya nak lebih fokus menjadi lebih baik dan nak cipta nama dalam industri. Keluarga saya dah tahu perkara ini.
“Saya ada balik ke rumah ibu bapa saya untuk menjelaskan perkara itu. Apa yang saya harapkan, isu ini tidak menghalang karier saya memandangkan ini adalah punca rezeki saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Eyra yang mendakwa dia teman wanita Ameerul mendedahkan video tersebut di laman Tiktok miliknya selain meluahkan rasa kecewa aktor berkenaan bersikap curang terhadapnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.