,
Laman Utama

[VIDEO] Paling Best! Radin Dapat Tengok Aksi Lionel Messi Main World Cup 2022 Depan Mata - “Pergh, Seronoknya… Aura Dia Lain Macam”

Asyikin Mayudin
20/12/2022
02:50 MYT
Penyampai radio ERA FM iaitu Radin melahirkan rasa gembira apabila berpeluang menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara pasukan Argentina dan Perancis pada malam Ahad.
Malah, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani turut teruja dapat meraikan kemenangan pasukan Argentina ketika berada di Stadium Lusail Iconic, Qatar.
Penyampai radio berusia 32 tahun itu juga memuat naik video dan gambar dia berada di stadium tersebut selain. sempat merakam pemain bola Argentina Lionel Messi di TikTok miliknya.
“Vamos. Salah satu momen paling gembira dalam hidup saya. Rezeki dapat tengok Messi main World Cup 2022 depan mata,” kongsi Radin.
Rata-rata netizen juga berasa cemburu dengan Radin yang berpeluang menonton perlawanan akhir dua pasukan hebat itu secara langsung di stadium.
“Pergh seronoknya… aura dia lain macam.
“Bestnya Radin dapat tengok World Cup depan-depan.
“SubhanaAllah… the best ever memories,” komen netizen.
Untuk rekod, Lionel Messi dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia 2022 selepas membantu Argentina muncul juara dengan menewaskan Perancis pada aksi final.
Kejayaan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun itu muncul pemain pertama memenangi dua kali anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Piala Dunia 2014.
Kylian Mbappe menjadi pemain kedua di belakang Perancis untuk anugerah berkenaan tetapi dia berjaya membawa pulang Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak lapan gol.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@radinamiraffendy Vamos ?? One of the happiest moment in my life… rezeki dapat tengok Messi main World Cup 2022 @FIFA @Qatar depan mata ?? #Messi #Qatar #worldcup2022 #fifa #kubilangjangandinjangan #takhensemtapimanisnyaada ♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] - Jung Kook & BTS
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”

gempak
05/07/2024
05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.
Hiburan

Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”

gempak
06/05/2024
02:55 MYT
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Sukan

Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."

gempak
27/01/2024
17:04 MYT
Derrick Gan menerima hadiah skuter Modenas Karisma sejurus tiba di KLIA.
Laman Utama

Pak Azad Berani Sahut Cabaran Pinjam RM100 Daripada PMX, Tapi Lain Pula Jadi…

gempak
11/10/2023
13:55 MYT
Terbaik Pak Azad!