Laman Utama
[VIDEO] Netizen Nak Ikut Cara Neelofa Pujuk PU Riz Kalau Merajuk - “Gosok, Peluk Sikit, Cakap Minta Maaf…”
Asam garam dalam rumah tangga apabila pasangan suami atau isteri yang merajuk disebabkan perkara-perkara kecil dan mahukan perhatian untuk dipujuk.
Berkongsi mengenai tips memujuk, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkata suaminya iaitu PU Riz atau Haris Ismail sangat mudah untuk dipujuk dengan cara bermanja.
“Kalau ustaz merajuk nak pujuk dia senang saja, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit, cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit, lepas itu manja-manja sikit.
“Senang… yang penting dia cepat sangat lembut, macam ais cair terus,” kata Neelofa menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok peminat @harisneelofa.
PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail bagaimanapun menafikan kenyataan isterinya yang mengatakan dia merajuk sebaliknya, pendakwah bebas berusia 28 tahun itu hanya ingin mendidik isterinya.
“Saya mana pernah merajuk, kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah, kita cuma mendidik,” kata PU Riz.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama sekiranya pasangan merajuk dan kena minta maaf.
“Sebenarnya laki saya pun macam ni, macam ais tapi… Ya Allah, beratnya mulut ni nak mntak maaf dan buat manja-manja macam ni… segan.
“Ya kalau kita yang salah memang tak boleh serius… kena gelak-gelak sikit melainkan kalau lelaki yang salah baru kena serius.
Must-Watch Video