,
Berita

Video Mukhriz Tidak Bersalam Dengan Sultan Johor Tular

Amri Hassan
25/05/2019
08:52 MYT
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat berkongsi rakaman video menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda mengulang ciap video disiarkan oleh Twitter Friends of Johor yang mengkritik dan menyifatkan Mukhriz sebagai sombong.
"Beza antara dua lelaki, @HRHJohorII (Tunku Ismail) bersalam dengan Tun M tetapi @MukhrizMahathir terlalu angkuh untuk bersalam dengan SOJ (Sultan Johor) di Istana Abu Bakar,” memetik ciapan tersebut. Hubungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan istana Johor sebelum ini dilihat tegang selepas isu pemilihan Menteri Besar dan kritikan serta desakan berhubung tindakan Malaysia meratifikasi Statut Rom yang akhirnya membawa kepada Malaysia menarik diri.
Tunku Ismail bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara tersebut secara langsung tetapi meletakkan lambang isyarat tangan seperti sedang menyembah.
Sebelum itu, Tunku Ismail terlebih dahulu berkongsi gambar baginda dan ayahandanya yang bersalaman dengan Dr Mahathir.
Video berdurasi 14 saat itu telah ditonton lebih 147,000 kali dan telah diulang ciap sebanyak 1,600 pelayar setakat ini.
Pelbagai respons diberikan pelayar Twitter antaranya menyifatkan apa yang dilakukan oleh Mukhriz sebagai biadab dan sepatutnya menghormati istiadat penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.
Tidak kurang juga ada yang melabel Mukhriz sebagai tidak profesional dan apa yang ditampilkan Menteri Besar Kedah itu sebagai tidak sesuai dengan situasi.
Sultan, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara semalam hadir ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.
Bagaimanapun, Mukhriz telah mengutuskan surat kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat bagi memohon ampun dan maaf kerana tidak bersalam dengan baginda.
Sumber: Astro Awani Foto: Free Malaysia Today
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Saya Tidak Membenarkan Sebarang Tindakan Atau Ugutan Yang Menyalahi Undang-Undang” - TMJ

gempak
31/05/2024
08:55 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan melibatkan pegawai polis pengiring yang dipercayai melakukan kekasaran terhadap seorang di individu baru-baru ini.
Berita

Tunku Ismail Dimasyhur Sebagai Pemangku Sultan Johor Bermula Hari Ini

gempak
28/01/2024
04:50 MYT
Daulat Tuanku.
Laman Utama

Sultan Johor Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Kekal Timbalan

gempak
27/10/2023
07:50 MYT
Sultan Johor Yang Di-Pertuan Agong Ke-17.
Laman Utama

TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."

gempak
04/10/2023
01:35 MYT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersyukur beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat susulan kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.
Laman Utama

Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Perlumbaan GT Australia

gempak
12/11/2022
15:30 MYT
Alhamdulillah, Tunku Putera Johor selamat