,
Berita

Video Mr. Bean Hiburkan Pelajar Di Miri Tular

Rozaimi Zubaidi
06/07/2017
14:06 MYT
Murid Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.
Menerusi video yang tular di laman sosial Facebook (FB), kehadiran seorang lelaki bernama Faiket Luari, mirip pelawak popular tersebut, berjaya menghiburkan pelajar sekolah tersebut.
Video berdurasi 8.25 minit itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Matu Daro Samah T3lo Debey, telah ditonton lebih 557 ribu kali dan dikongsi lebih 12,000 oleh netizen.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengakui kagum dengan bakat yang ada pada lelaki itu kerana bukan mudah untuk sesorang meniru gaya dan mempunyai mimik muka sama seperti Mr Bean.
@Sha Iman: "Wuiishhh, perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean. Tahniah kerana mempunyai kehebatan seperti itu untuk meniru gaya seseorang. Good job."
@Faez: "Tengok ini perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean."
@Amirah Dyiana: "Hahahah comei gila dia. Berapa tahun praktis ni untuk dapat gaya dan mimik muka seperti Mr.Bean."
@Mohd Khairulddin: "Terbaik la. Perwatakan dia memang sama apapun yang penting dia berja menghiburkan budak-budak itu."
@Ikram Akmal: "Nyaris tertipu kerana saya ingatkan itu sebenarnya Mr Bean yang betul tetapi rupanya lelaki itu cuma klon dia. Apapun tahniah kerana dapat membawa watak sama seperti Mr Bean."
Namun kehadiran Mr Bean ke sana merupakan satu projek tanggungjawab sosial koprat bagi mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.